Posts

Showing posts from September, 2010

SEPETANG DI MUMBAI

Image
Binatang ini memang rare. Di Malaysia, lu orang tak jumpa binatang ini lepak jalan-jalan sambil ragut rumput. Binatang ini juga gua syak, takda lah buat perangai cium-cium tiang sambil angkat satu kaki. Takda pula gua dengar binatang ini menyalak tak tentu pasal. Dan yang pasti gua tak nampak binatang ini bertenggek di antara berlainan jantina tak tentu pasal. Mungkin jadual sebelah malam gua syak. Lu orang agak binatang ini spesis apa? Memang rare arrrrrr!!!! p/s: tgh pek2 barang.....yeahhhhhh....rindu mahu jumpa Pn. Diplomatik...KL!!!!...aku datang

MACAM BIASA...

Hari ini di Pune, Mumbai...menu makanan kita adalah seperti biasa... Menu lazat yg penuh dengan khasiat...bagus untuk pembinaan otak dan tumbesaran tulang....seperti biasa: 1) Papadom versi India - tidak digoreng tetapi dibakar 2) Sekeping capati - kalau penggemarnya boleh ambil banyak 3) Sayur kentang dimasak lenyek ala-ala kari 4) Kuah kari 5) Kuah dal 6) Nasi putih beras basmathi gua syak. Kesemua menu diatas tetap maintain dari hari pertama gua disini...hanya menu no.3 yg silih berganti... Amacam!!...lu orang jeles ke gua makan sedap... Amaran...jgn jeles...gua juga minum air masak dalam cawan besi...

TERINGIN

Gua teringin nak menyantap nasi lemak, dihias merah dengan simbahan sambal, ayam yang digoreng bersama rempah........emmphhhh...enaknya baunya....di tambah pula dengan kesegeran hirisan timun....kerangupan bilis dan kacang...memetik jiwa menjadi satu....adussss...enaknya nasi lemak.... Cisssssss....apa gelak2...dah lebih seminggu gua di India...hari2 makan kari...kebanyakkan jenis vege...tekak seolah tak boleh menerima lagi...duhhhhhhh!!!!...

Salam Rindu Untuk Nenek....

Dulu masa kecil, gua memang nakal, Gua pernah ambil beras nenek main masak-masak guna tin sardin, Gua pernah tertumpahkan susu getah satu baldi, Gua pernah mandi dalam air kolah tadahan sampai kotor, Gua memang sangat nakal. Kalau gua melalak, nenek selalu pujuk, Kalau gua nak dingdang @ tora, nenek mesti belikan, Nenek selalu cerita pasal zaman jepun, Pasal benda mistik memang selalu buat gua meremang bulu roma. Hari ini, gua sangat merindui nenek, Nenek telah pulang ke rahmatullah, Gua sebak berbaur sedih, Moga nenek bahagia dan aman di sana. Untuk nenek... Gua doakan semoga nenek tenang disana, Kenangan bersama nenek mmg gua tak lupakan, Kala sedih, gembira, ketawa, menangis....nenek sentiasa di sisi.... Al-Fatihah....amin

Bersukan selepas raya

Image
Semalam satu event sukan telah dilaksanakan oleh pihak Villa Wangsa Melawati (VWM) semperna cuti satu malaysia hari ini. Gua juga tidak ketinggalan menyertai acara berbadminton ini. Kerana perasaan gua yang perasan fit dan sentiasa pantas gua yakin tiada musuh yang mampu menghalang kehebatan gua. Tapi gua silap. Akibatnya: 1) Rasa penat yang amat hingga kepala berputar-putar seperti mahu gelap 2) Otot-otot perut seakan bergetar-getar. Six spek gua kini menjadi five pek sahaja. 3) Kehausan yang amat. Mungkin kerana sepanjang raya gua jarang minum air masak/suam. Ini semua salah tuan rumah yang hanya tahu menghidangkan sirap serta air manis-manis. Cuba-cuba la letak satu botol spritzer ke selepas ini. Mungkin membantu gua untuk hidup lebih sihat. 4) Lemak-lemak tepu kelihatan mengendur. Satu petanda baik. Seperti biasa, walaupun bersukan selepas raya adalah satu perkara yang sukar, gua tetap mampu memecahkan rekod smash terpantas bagi daerah Gombak. Sekian dimaklumkan.

Raya oh yeahhhhh

Hari Jumaat raya, Makan ketupat, rendang, laksa, nasi beryani dan segala macam, Perutkan elastic, apa gua nak kisah, Pandailah ia melembutkan isinya. Sabtu raya lagi, Berjalan kerumah sanak saudara, Kuih muih terhidang rapi, Jamah sahaja, sampai baca bismillah pun lupa Ahad raya ketiga, Jalan pula berjumpa sanak saudara mertua, Hidangan lazat jarang gua jumpa Mee bandung feveret memang gua suka Isnin gua agak kecewa, Kena pulang ke kota untuk bekerja, Semua makanan yang gua bedal di rumah jiran tetangga Kini menjadi tanggungjawab Indah Water…. (agak-agak kena charge lebih ke kalau bawa imported fertilizer)….

MIMPI CARI PASAL

Malam tadi gua mimpi sesuatu yg memang cari pasal, Gua pakai kereta sport jenis mahal, Warna merah ada lambang kuda, Sekali vroom, semua mata terbeliak dan terpaku, Malam tadi gua mimpi sesuatu yg memang cari pasal, Walaupun hanya menjual durian…hidup gua sangat lenang, Kerja kacang-kacang….tapi income lebat macam kacang panjang, Setakat harta dunia selamba sahaja gua sebat, Malam tadi gua mimpi sesuatu yg memang cari pasal, Pulang kerumah dengan duit berjuta-juta, Penatnya mmg tak terperi, Sekali buka pintu rumah….alamak!!!! Gua ada tiga isteri….tgh bertekak tak puas hati!! ALAMAK!!!...Pn DIplomatik harap maafkan gua…gua hanya bermimpi…tak pernah pula bercita2 begini…