Posts

Showing posts from June, 2011

KEHIDUPAN......

Zaman sekolah... Gua sangat aktif...sehari tanpa sukan ibarat makan nasi tanpa lauk....ramai guru2 mencadangkan gua menjadi artis...mungkin bukan kerana bakat...tetapi paras rupa menjadi ukuran... Zaman Universiti... Gua bukanlah bijak sangat untuk ke manara gading...tapi mungkin kerana gambar berukuran pasport yang gua lekatkan di borang permohonan menyebabkan gua terpilih. Gua tidak mahu menyerkap jarang...inilah realiti kehidupan.... Zaman kerja... Gua sedar...paras rupa bukanlah jaminan untuk segalanya. Gua harus berusaha gigih, berintegriti, berwawasan, mampu melakukan anjakan paradigma, dan sebagainya. Tapi kalau setakat makan free kerana awek belanja....gua tak mampu elakkan... Inilah realiti kehidupan...cerita diatas hanyalah penipuan...tapi bab rupa tu gua ikhlas... .

PATUTKAH???

Aktiviti hujung minggu gua yang lalu sangat bersangkut paut dengan kardiovaskular, adrenalin, stamina dan kegagahan... Petang sabtu gua main bolasepak, ada perlawanan persahabatan di Sekolah Teknik Setapak. Padangnya betul2 berhadapan dengan asrama puteri. Dari jauh sayup2 kedengaran budak2 asrama puteri memanggil gua...."abang Beckham, abang Beckham!!!".. Gua bersahaja. Hari ahad pula gua bangun seawal 6 pagi. Selepas subuh, gua pantas menyarung tracksuit, t-shirt sambil menyandang beg yang berisi dengan kasut jogging, kek coklat buatan Pn.Diplomatik dan kain sarung. Gua terus menuju ke dataran merdeka. Walaupun terlambat gua masih mampu menamatkan larian sejauh 7km. Penat lelah larian gua terhakis jua apabila meneguk air milo dari lori milo yang gua rindui sejak dahulu lagi.... Jam 10 gua bergegas pantas. Selepas berjogging, rakan2 bulu tangkis gua semua menunggu. Penat tak terkata hari itu. Prestasi gua yang selalunya seperti Markis Kido (sila guggle kalau tak tahu), agak

KENAPA PERLU BERSENAM!!!

Kenapa perlu bersenam? Nampak macam soalan SPM kertas 2 Bahasa Melayu kan?... Namun, perkara ini jangan dipandang remeh, renyah mahupun enteng. Jika dikenang zaman ketika bersekolah rendah dulu, budak2 yang berkategori obes adalah minoriti, dan isu seperti makcik kantin menjual nasi lemak, nasi goreng, pisang goreng, air sirap mahupun ais kacang langsung tidak dimediakan. Kerana apa?.... Kerana gaya dan style hidup zaman dulu2 adalah sihat, dan elemen2 senaman telah dimasukkan dengan secara tidak langsung dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh: 1) Hujung minggu gua sentiasa dipenuhi dengan aktiviti didepan TV. Tiba-tiba ibu bersuara, "Arif!! tolong mak belikan kacang hijau kat kedai Ah-Tiam, mak nak buat bubur kacang". Gua terus melompat naik basikal dan berkayuh kesana. Nampak tak elemen senaman di situ. Zaman sekarang sah2 naik motor scooter mahupun kereta "pasar". 2) Ketika gua sedang enak tidur dikala tengah hari buta. Tiba-tiba terdengar kucing2 sedang bergad

HAPPY BIRTHDAY PN DIPLOMATIK

Happy birthday to you... Happy birthday to you... Happy birthday to pn diplomatik Happy birthday to you... Doa gua kepada pn diplomatik.. Semoga dipanjangkan umur... Dimurahkan rezeki... Moga bahagia... Dunia dan akhirat... Love you...n peace no war.... Published with Blogger-droid v1.7.0

MAKAN2

Jom makan. Lauk kita hari ini.. Ikan sadin dan telu dadar... Sekali sekala pekena lauk simple mmg mengancam.... Bak kata org putih....less is more Published with Blogger-droid v1.7.0