Bersukan selepas raya


Semalam satu event sukan telah dilaksanakan oleh pihak Villa Wangsa Melawati (VWM) semperna cuti satu malaysia hari ini.

Gua juga tidak ketinggalan menyertai acara berbadminton ini. Kerana perasaan gua yang perasan fit dan sentiasa pantas gua yakin tiada musuh yang mampu menghalang kehebatan gua.

Tapi gua silap. Akibatnya:

1) Rasa penat yang amat hingga kepala berputar-putar seperti mahu gelap

2) Otot-otot perut seakan bergetar-getar. Six spek gua kini menjadi five pek sahaja.

3) Kehausan yang amat. Mungkin kerana sepanjang raya gua jarang minum air masak/suam. Ini semua salah tuan rumah yang hanya tahu menghidangkan sirap serta air manis-manis. Cuba-cuba la letak satu botol spritzer ke selepas ini. Mungkin membantu gua untuk hidup lebih sihat.

4) Lemak-lemak tepu kelihatan mengendur. Satu petanda baik.

Seperti biasa, walaupun bersukan selepas raya adalah satu perkara yang sukar, gua tetap mampu memecahkan rekod smash terpantas bagi daerah Gombak. Sekian dimaklumkan.

Comments

hanie said…
hahaha...wa lepas ni pun mau aktif balik main bedminten. tp mau stamina lari 3-4 marhalah tu. heheheh
M.a.A.s said…
hanie: hahaha..3-4 marhalah ye...kalau bulan puasa dah boleh berbuka tu...heheh
Aku adalah aku said…
hebat la tu leh gak ko sukan...aku nak angkat jari kaki pun lum tentu lepas raya nih....
M.a.A.s said…
aku time raya tangan berat sikit...anak buah ramai...nak seluk kocek keluarkan angpow mmg paling mencabar...hehe
paiseh said…
memang laa terpantas.. sampai cashier peginye~
M.a.A.s said…
hahaha...itu perkara biasa...jgn serik bertarung lagi...

Popular posts from this blog

KALAU LAMBAT DATANG OFIS....

Apekehal lambat.....

Suka-Suka Tangkap Gambar Produk