Posts

Showing posts from August, 2010

TUAH vs. JEBAT

Tuah kelihatan gelisah. Apa sahaja yang beliau lakukan semua serba tidak mengena. Tuah bersama-sama Lekiu dan Lekir berada di tahap getir. Lawan mereka bukan calang-calang. Semangat kental Jebat dan Kasturi memang amat digeruni, ditambah pula dengan kecerdikkan Tok Guru mereka sendiri Sang Adiwira.

Tuah harus lebih kedepan, tendangan dan libasannya harus lebih pantas. Manakan tidak, setiap tendangan beliau pasti ada sahaja jawapan dan balasan dari Si Jebat. Tuah mati akal, buntu seketika. "Apa harus aku lakukan?" getus hati kecil Tuah. Dulu, Jebat bukanlah tandingan Tuah. Hasil usaha dan komitmen yang tinggi kini Jebat dapat menyaingi kehebatan Tuah.

Pertarungan semakin sengit. Mentari yang tadi panas terik mula melabuhkan tirai. Mendung senja kini tiba, namun pertarungan harus diselesaikan. Kedengaran dari jauh jeritan mereka berenam. Jebat tersenyum lebar, beliau baru sahaja menangkis dan menepis serangan bertalu-talu dari Tuah. Puas hati mungkin.

"Cis Jebat!!! ini tida…

Bahasa Jiwa Bangsa - Versi Bangsar...

Gua jarang lepak bangsar.....

Bangsar adalah sebuah town untuk stylo....nak pergi sana mesti kena dandan bagai...penampilan harus urban....rambut harus kena pacak...perfume harus la-dolce gabana....senang kata gua lebih suka melepak di tempat rare dengan hanya berselipar import dari japan, berseluar yankie, dan berdada tegap....

Lagi satu yang wa tak berkenan kalau melepak bangsar ialah bahasa singkatan yg digunakan adalah terlalu international...lidah jawa gua yg selalu makan nasi ambeng mmg keras...so nak follow agak mengambil masa...berikut adalah contoh2nya:

OMG = Oh My God
WTF = What The Fxxx
WTH = What the Heck/Hell
XOXO = Hugs and Kisses

Itu yg common punya...cuba try yg ini:

YYSSW = Yeah Yeah Sure Sure Whatever
ASR = Arip Samat Rocks!!
CGAST = Cool Gile Arip Samat tu!!

OK2....wa tipu....tapi yg latest ni mmg real..wa tak tipu...tak tau la terbaru ke terkini ke....tapi mmg agak stylo la...bangsar pun kalah ni...dah level2 lepak Hartamas sambil hisap syisha ni.....fuhhhhhhhhhhh!!!

OMK = Oh …

Masa Kecil...Bosan di surau....

Dulu masa kecil2....gua selalu kena ikut abah pergi jemaah terawikh 20 rakaat kat surau....

Gua tahu yang gua belum baligh lagi masa itu....makanya gua mengambil langkah bersederhana dalam hal2 beribadah...pentingkan ke main lagi....

Lepas sahaja waktu isyak habis dan bila terawikh bermula...bermacam2lah aktiviti direncanakan bagi menghilangkan kebosanan....antaranya:

1) Melastik cicak di sekitar kawasan surau...masa kecil, orang tua2 beritahu yang bunuh cicak dapat pahala....mana punya fatwa diorang pakai pun gua tak tahu la..

2) Main mercun beramai2 di perkarangan surau...dapat layan tarik mercun tali guna rim basikal pun ok gak tu...feeellllllllll abis!!!

3) Curi2 makan lauk2 dan kuih muih untuk moreh!!....

4) Main baling selipar di perkarangan surau!!...ada sekali gua kena tangan dengan abah...sebab selipar tinggal sebelah sahaja...lagi sebelah melayang entah kemana masuk ke semak....

5) Aktiviti tahap takde idea ialah mengira berapa ramai yg pegi solat tak pakai seluar dalam......pakai …

Kenangan Aspura 95-97 - Cara2 menjaga harta benda

Image
Masa sekolah dekat segamat dulu, gua duduk aspura (asrama putera)...

Semua benda harus dijaga rapi, penampilan diri harus segak.....

Barang2 hak milik sendiri hendaklah sentiasa dipantau....

Banyak pengguna awam yang sentiasa menunggu peluang....

Tuala, sabun mandi, sabun basuh, berus sabut, ubat gigi, botol air, kapur kasut, baldi, dan macam2 lagi harus disimpan elok2...kalau tak!!!! peluang dirembat sangatlah tinggi....

Termasuklah benda ini......

~serius...memang diorang buat macam ini....gua ikut trend je~

Ramadhan oh Ramadhan - Gua baru tahu

Gua baru tahu....

Satu perkara di bulan Ramadhan...

Sudah hampir 3 dekad yg lalu...serius gua tak tahu....

Gua malu....seolah2 gua sangat kurang bergaul...

Gua baru tahu....

YANG WANITA YG DIBOLEHKAN TIDAK BERPUASA MENGIKUT SYARA' TIDAK DIBENARKAN MAKAN SESUKA HATI DI KHALAYAK RAMAI DI BULAN RAMADHAN....boleh dikenakan tindakan....

Patutlah ada yg makan ayam goreng di bawah meja...

Patutlah kadang2 mereka berkenduri secara sirr (sembunyi2) dicelahan tiang opis...

Patutlah gua tak pernah nampak muslimah makan di restoran2 secara terbuka di kala ramadhan...

~serius gua tak tahu...kenapa tak bagitahu gua awal2...kan dah malu!!!~

Keretapi - 1997

Image
Gua dulu bersekolah di sekolah asrama yang terletak di Segamat, Johor. Bila tiba musim cuti sekolah, keretapi adalah salah satu medium pengangkutan yg selalu gua gunakan untuk pulang ke kampung. Walaupun mengambil masa lebih 2 jam berbanding menggunakan bas, keretapi tetap menjadi pilihan berdasarkan harganya yg lebih murah.

Masa itu musim cuti persekolahan. Aktiviti di kampung mmg agak santai. Bermain takraw, lepak bersama rakan2 yg mula menjinakkan diri dengan aktiviti rempit, dan juga hadir ke surau jika ada kenduri2 yg memerlukan kehadiran gua. Malam itu ada kenduri tahlil, maka gua dengan pantasnya tidak menoleh kebelakang mengambil peluang yang jarang muncul. Hidangan nasi ambeng mmg kesukaan....

Sedang gua enak melantak dan melahap nasi ambang bersama tiga rakan lain, tiba2 wa didatangi oleh kehadiran Wak Bilal. Paras rupanya agak berumur, namun kelunakkan dan kemerduan suaranya mengalunkan azan amat disukai penduduk kampung. Tiba2, beliau menegur dan menyapa gua,.

Wak Bilal: &quo…

Cara-cara menguruskan badan dikala Ramadhan..

Berikut adalah beberapa tips untuk menguruskan badan ketika beribadah puasa di bulan Ramadhan....Tips2 ini hanyalah mengikut survey dan pada hemah gua semata2:

1. Hendaklah berpuasa penuh ketika bulan Ramadhan (bagi golongan pria). Drive2 thru yg tumbuh bagaikan cendawan hendaklah dihindari dikala siang hari....

2. Seboleh2nya...kurangkan menghadirkan diri ke kawasan bazar2 ramadhan. Ini kerana juadah2 yang dijual amat mudah menewaskan kita. Bau2an seperti murtabak, ikan bakar, ayam percik, dan lain2 adalah sukar untuk ditepis. Bagi golongan bujang, berbuka dimasjid juga amat membantu.

3. Banyakkan minum air masak selepas berbuka. Hendaklah diingat ye, selepas BERBUKA!!!!...gua tak nak tips2 gua difatwakan dah disalah pakai.

4. Berbuka cukuplah dengan kadar 3 biji kurma dan satu meal....yg ini gua selalu fail...yela...kurma je hampir sekotak wa balun...nak2 jenis Yusoff Taiyoob ~sambil berbisik~

5. Dengar cerita berterawikh 20 rakaat juga membantu. Yang ini pun gua selalu fail, selesai je …

Salam Ramadhan..

Ramadhan adalah penghulu segala bulan....bulan rahmah dan pengampunan...syaitan2 juga dipasung kaki dan tangan....semoga kita semua menggunakan peluang yang masih ada sebaiknya......

Kisah satu
Gua merupakan orang yg lambat belajar berpuasa. Darjah 4 masih lagi berpuasa setengah hari...bukan apa..selalu sahaja gua lihat kelibat rakan2 sebaya yang kononnya berpuasa penuh, namun meneguk air paip dikala teriknya mentari...apa barang!!...baik mengaku sahaja puasa setengah hari sambil tak perlu gusar kesana kemari sambil "menyoyot" aiskrim malaysia berperisa milo atau asam boi...silap2..anak ketua kampung yang menjadi pujian ramai kerana sudah pandai membaca Utusan Melayu ketika di pra-sekolah pun boleh goyah iman melihat kelakuan gua tak berpuasa....apa nak risau...gua spesis lambat "baligh"...

Kisah dua
Gua adalah budak lelaki yang sangat mementingkan stamina sejak di bangku sekolah rendah lagi...oleh itu gua selalu sahaja marah kalau ada orang menjemput pulang dari sekol…

LIDAH!!!

Bilaku senyap engkau bertanya,
Adakah sesuatu menganggu di minda?
Sesekali menjeling tersenyum sendiri...
Melihat kerenah manusia dikanan dan kiri..

Aku hanya tidak mahu menjadi tin kosong...
Bunyinya bingit memekakkan telinga...
Namun apa yang ada?
Hanya kata-kata yang penuh nista...

Senyap bukan tanda tidak berilmu...
Hanya berkata bila perlu...
Bila lidah petah tidak dijaga...
Hati terluka, banyak silapnya, azab tempatnya....

Fitnah menfitnah, umpat mengumpat...
Caci maki, amarah dihamburi...
Tipu menipu, dusta dan nista...
Mana datang semua ini?
Dari lidah yang tidak dijaga rapi....

~jelir lidah buat muka comel macam ini :P tidak mengapa kot~...heheheh