Posts

Showing posts from July, 2012

PERSEPSI

Bulan2 puasa ini..gua nak cerita pasal persepsi...ntah kenapa tiba2 plak gua teringat kat PEPSI...terbayang pula ketulan air batu serta lelehan kondensasi...perghhhhh.... Berbalik semula. Persepsi? Apa itu persepsi?.... Disebabkan gua terlalu malas untuk membakar kalori bangun dan berjalan mengambil kamus jauhnya lebih kurang 2 meter dari tempat gua duduk...maka gua cuba mendefinasikan maksud persepsi secara mudah...pada gua: persepsi = pandangan umum/masyarakat/seseorang terhadap sesuatu perkara . Amacam? kagum tak dengan definasi gua. Hampir tepat dengan definasi Kamus DBP barangkali. Sebenarnya, gua cuma nak kabo kat lu orang, yang hidup kita ini dipenuhi dengan persepsi dan pandangan2 yang tidak tepat. Benarlah....don't judge a book by it cover...tapi itulah perkara pertama yang kita lakukan.... Contoh (gua suka ambil contoh kehidupan gua sendiri): a) Wanita yang cantik haruslah putih bak salju, berbibir merah, berperwatakan menarik dan sertakan 3 keping gambar b

JAKI.....

Jaki...pernah dengar jaki?... Alah...time sekolah menengah mesti pernah dengar... Contoh ayat: "Nak jaki la tu...mentang2 aku ada abang angkat hensem"...kata Siti yang perasan cun kepada Aminah... Contoh ayat diatas juga menunjukkan yang gua jaki kat Siti...sebab gua macam tak puas hati yang dia cun.... Senang cerita jaki = dengki = rasa tak puas = busuk hati Pernahkah kita terfikir kadang2 kita (lebih ke gua) dipenuhi dengan sifat ini... Gua bagi contoh paling mudah. Ketika kita mahu ke tempat kerja, jalan sesak barak...naik kereta kalau gerak pun seinci2... Dalam hati seorang pemandu kereta: "Hampeh betul motor2 ni...nak mencilok je keje. Aku dah lambat ni".... Dalam hati seorang penunggang motorsikal: "aduhhhh....kete kerja nak tukar lane je...tak reti bagi signal...menyusahkan...nasib baik tak langgar"... Dalam hati seorang budak fresh grad yang baru dapat kerja didalam LRT memandang ke jalan raya: "bila la aku nak angkat kereta s

SETELAH 3 BULAN

Pagi tadi gua pergi berlari... Larian Orange...anjuran BHPetrol.... Masa berlari...gua memang steady... Dapat juga gua cucuk angin pelari-pelari dari Kenya... Sempat juga mereka menjeling ke gua...tanda cemburu... Pun begitu...kerana tak mahu ambil cuti panjang dari bekerja dek kerana takut dipanggil untuk ke Sukan Olimpik London.... Gua mula memperlahankan larian... Biarlah tak menang... Gua pasrah... Yang sebenonya... Gua dah masuk 3 bulan tak aktif.... Perghhhh...sakit kaki...sakit badan... Semua sakit... Inilah penangan....kalau benda lama tinggal... Benarlah pepatah melayu....alah biasa tegal biasa... Tegal?...apa itu tegal?...sesiapa ada jawapan?...pleaseeeeeeeeee

Selamat Ulangtahun Ke 3

Image
Kepada Pn. Diplomatik.... Selamat Ulang Tahun ke 3 gua ucapkan... Dikala gua senang, susah... Suka...duka.... Kurus....gemuk.... Kacak...hodoh.... Beliau sentiasa menemani dan sentiasa memahami... Dikala gua kusut...beliau akan cuba menguraikan...walaupun kadang2 ada tambah kusut lagi..heheheheh Dikala gua buntu...beliau akan memberikan idea2 bernas... Dikala gua perlukan personal loan...beliaulah Bank Rakyat gua... Tapi selalunya gualah Bank Rakyat beliau...hehehehe Terima Kasih... Untuk 3 tahun yang sangat bermakna... Moga ianya akan terus berkekalan... Hingga akhir hayat kita... Selamat Ulangtahun Yang Ke 3... Pn Diplomatik...Pn. Zaharah Isahak... May Allah bless us....aminnnnnn *dulu...kini...selamanya...insyaAllah....

BERANGAN KE OPIS DGN KTM.....

Image
Gua dah mula berangan... Gua nak pergi keje naik KTM jela... Cepat dan mudah.... Apa??? Lu orang kata KTM tak best? Bau busuk? Tak tepati masa? Bersesak2? Ramai abang2la? Iskkhhhh...Manadeeeee.... KTM best woooo.... Tapi bukan KTM Komuter la... Ni KTM Duke 200... Amacam?...teruja tak...teruja tak?...menggiurkan......huhuhuh... Ada tak orang nak sponsor gua? huhuhuhuh

PAGI-PAGI....

Apakah perbezaan diwaktu pagi antara lelaki dan wanita? Gua baru je tengok rancangan BROs di TV3 malam tadi. Antara topik yang dibincangkan adalah mengenai lelaki. Dan salah satu topik yang diutarakan adalah perbezaan diwaktu pagi antara lelaki dan wanita. Antara yang gua dapat imbas adalah: a) Wanita biasanya akan bangun lebih awal. Bersiap untuk mandi akan mengambil masa lebih sedikit. Manakala lelaki lebih sayangkan tidur mereka. Sebab lelaki boleh mandi dengan pantas. 5 minit siap!!! Tapi untuk kita orang Islam, gua sangka baik lelaki mahupun wanita tetap kena bangun awal. Subuh kena setel dulu...:) b) Wanita mengambil masa lebih sedikit untuk bersiap. Pilihan baju (match and mix), touch up muka, bagi kemas semua, lipstick lagi, blow rambut, dll. Untuk lelaki??? Main sarung je...:)... Itu sahaja yang dapat gua ingat setakat ini. Dan dari situ, dapat gua konklusikan bahawa mahupun lelaki dan wanita tetap ada perbezaan. Bukan sahaja dari sudut fizikal, perbezaan juga boleh data