Posts

Showing posts from April, 2011

MAIN PERANG-PERANG

Image
Zaman dulu-dulu... Kalau teringin nak main perang-perang, persiapan haruslah mantap. Senapang rekaan kayu wajib ada. Bom tangan yang diperbuat dari tanah liat harus disiapkan. Periuk-periuk buruk yang tidak diguna lagi mungkin akan di"spray" dengan pelbagai warna. Untuk pengetahuan, periuk-periuk akan menjadi topi keselamatan tahap gred A. Itu persiapan biasa-biasa. Untuk geng-geng panglima macam gua, persiapan fizikal harus rapi. Berjogging keliling kampung, tekan tubi tanpa henti, dan juga sit-up harus diamalkan. Sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum peperangan. Geng-geng panglima ini, kalau dah kena tembak pun masih tidak mengaku mati dan terus berjuang. Zaman sekarang....nak main perang2.??? Beli CD/DVD, letak dalam alat permainan video, samaada PS3, PS2, Nintendo Wii, Xbox 360, dan macam-macam lagi. Kemudian tekan butang power, pegang alat kawalan, kuatkan speaker...nah!!! peranglah kau sampai maghrib.... Gila tak thrilllllll.... Patutlah budak2 sekarang banyak yang obesit

MAKAN KFC!!!

Sekitar tahun awal 90-an, scene makan KFC adalah sangat rare. Hanya mereka yang berpendapatan RM1,000 keatas sahaja dikatakan berkemampuan. Dengar cerita, zaman itu makan KFC dengan tangan boleh membawa malu. Haruslah makan dengan pisau dan garpu. Pernah sekali gua mencuba nasib mengajak mak ke KFC. Kesudahannya, gua berlari kehulu hilir mengejar ayam kampung yang memang terkenal dengan kepantasannya. Pun begitu, ilmu yang gua terima ketika mewakili sekolah ke peringat Majlis Sukan Sekolah2 Zon Utara dalam acara 100 meter menyebabkan ayam2 tersebut lelah, lesu, serangan jantung dan nazak sebelum disembelih. Rupa2nya, daging ayam kampung yang telah direbus lembut, digoreng dengan tepung ala2 KFC, adalah amat sedap dan rasanya menusuk kekalbu. Mak selalu kata yang ayam kampung baik untuk kesihatan, tidak berlemak, dan selalu digunakan oleh pawang2 untuk menyembuhkan penyakit. Mungkin kerana itu gua terus slim untuk tahun2 seterusnya. Kini, gua selalu juga berkunjung ke KFC. Mun

BERLAGAK SIRI 2

Image
Lu orang ada idea tak??... Kalau ada bak la sini satu dua idea... Cara-cara nak berlagak... Berlagak secara berhemah.... Ada idea tak????? Keputusan penuh : Manchester United (2) - Chealsea (1) Agregat : MU(3) - Chealsea (1) p/s: kalaulah gua ada baju kerja warna merah.....emmmmm....

UNTUK RENUNGAN.....

Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama : ① Sedekah/amal jariahnya. ② Doa anak²nya yang soleh. ③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

BERLAGAK......

Image
Bangun pagi....terasa angkuh.... Mandi bersiramkan air sejuk...tidak sedikit pun mengigil....angkuh sungguh.... Bersiap....terus menuju ke Kancil kesayangan...walaupun hanya berkancil...aku masih angkuh... Sampai ofis....terus menumbuk kad (Punch Card), lagi seminit untuk berada dalam zon selamat...aku semakin angkuh..tidak lambat..dan tidak juga terlalu awal... Untuk masa sekarang....dan untuk hari ini.... Aku akan semakin angkuh dan BERLAGAK... Ini kerana Manchester United (1) - Chelsea (0) p/s: The Red Devils wear Blue Prada....heheheheh