Tuesday, August 28, 2012

JUADAH.....

Sekali sekala gua nak mengedik gak...teringin gak gua nak buat survey...

Juadah apa yang pilihan korang di Syawal mulia ini? Tak kisah la kuih muih ke? makanan tradisional ke? ala2 cushion western style ke? Apa yang menjadi pilihan korang?

Gua punya feberet adalah ikan masak pedas masakan ibu. Amacam? Rare tak?

Tapi biasanya mak hanya akan layan permintaan gua untuk mentekedarah ikan asam pedas ni bila raya dah masuk hari ke 3. Apsal ekkkk????

Thursday, August 16, 2012

PETANDA....

Pagi tadi gua merempit ke opis...
Vrommmmm....vrommmmm...vrommmmmm.
Nampak tak? bunyi macam superbike engin berkuasa super kan?...
Padahal biasa je...gua pakai kapcai je...tapi alhamdulillah...banyak jasanya...

Laluan yang gua biasa guna  utk ke opis...
Masuk NPE...terus ikut Sungai Besi...masuk Jln Tun Razak...
belok Jln Ampang...masuk area parking...tekan kad..palang bukak...sampai!!!!...
Biasanya...area jalan Sungai Besi dan Jln Tun Razak mmg area sesak..
Gua yang bermotosikal vroomm vrommm pun terasa sesaknya...
Inikan pula mereka yang "berada" memacu kenderaan empat roda...

Tapi pagi tadi...
Laluan sgt clearrrrrrr.....
Inikah satu petanda????
Penduduk KL sudah mula pulang ke kampung?
atau hujung minggu...KL bakal diserang warga asing?

Arakian...esok mungkin ramai akan pulang ke kampung halaman...
Di kesempatan ini...gua dan Pn Diplomatik ingin mengucapkan:
- Selamat Hari Raya Aidilfitri....
- Maaf zahir batin....
- Pandu cermat jiwa selamat....
- Pecah kaca pecah gelas...sudah pecah harap ganti???????

Tuesday, August 14, 2012

"KE LAUT".......

Ke laut? apa kejadah bulan2 puasa gini gua nak kelaut.."frasa" kelaut bukanlah bermaksud yang gua secara fizikalnya ke laut...tapi mempunyai makna mendalam iaitu apa jua perkara yang gua lakukan seperti serba tak kena....tak menjadi...nak kata punyalah kronik gua punya "kelaut" ni hingga gua tak boleh nak bezakan bau ketiak gua yang baru disembur deodorant perisa strawberi dan ketika ia hangat2 usai selesai berlari...baunya sama jeeee....terbaekkkk...

pada hemat gua...kenapa "kelaut" terjadi?...setelah dikaji2 selama  3 hari 3 malam di makmal ujikaji...kini gua macam dah temui puncanya...iyeeee....puncanya adalah:
a) Kurang Fokus
b) Kurang Motivasi
c) Kurang Yakin

Tanpa merujuk kepada buku2 motivasi...gua dengan "selamba badak" merungkaikan yang dalam kehidupan, ada fasa turun dan naik...macam orang2 jawa kat johor bagitau..."life is like a wheel; it goes around and around. Sometimes you are up, sometimes you're down, and more often than not, you're somewhere in the middle"...

Lagi beberapa hari lagi Syawal akan menjelma...dan Ramadhan akan meninggalkan kita...rasanya tahun ni gua mmg sgt "kelaut" untuk menyambut Syawal...baju tak beli lagi...duit raya tak tukar lagi...kuih-muih langsung gua tak buat (sebenarnya beli)....pendek kata...tak buat apa2 lagi pun...kelautnya..kelautnya...kelautnya...itulah perasaan gua memula

Tapi selepas gua tgk iklan  raya BERNAS...terdetik dihati yang betapa beruntungnya gua...takat takde baju raya, kuih raya, duit raya, kasut raya, alahhhhh...itu perkara kecik2 anak je...masih ramai diluar sana yang nak makan sebijik ketupat dan sesudu rendang di pagi raya pun susah....dan masih ramai di luar sana yang tidak tahu mana arah nak dituju ketika di pagi syawal...tiada keluarga mahupun sanak sedara....

Owhhhhhh!!!tacing sungguh iklan BERNAS....kelaut gua mulai hilang....

Sekadar renungan untuk diri sendiri...


Thursday, August 9, 2012

BASKIN ROBBIN PUNYA KISAH.....

Baskin robbin punya penangan...

Bukan hanya setakat bagi penuh shopping mall...

Tapi bagi penuh facebook wall juge...

Macam-macam komen gua tengok...

Ada yang kondem dan terus solat terawikh (biasanya ada sedikit ceramah pasal kelebihan terawikh)...

Ada yang kondem dan pergi juga (alasan pergi selepas solat terawikh)...

Ada yg setuju dan sanggup beratur panjang2...

Ada yg setuju,  tapi kerana malas beli jela aiskrim paddle pop...super duper yummy....

Ada yang menangis sebab teringat kekalahan Lee Chong Wei...

Tapi gua lebih syak yang ramai tersenyum malahan terlupa peristiwa Lee Chong Wei tewas di tangan Lin Dan...

Alkisahnya...gua sebenar tak faham sangat...sedap bebenor ke aiskrim baskin ni?...maklumlah...
jeng jeng jeng jeng (bunyi petikan gitar)...
Aku anak kampung tiada pelajaran

Kuli – kuli sahaja memang tidak padan
Cute bah kau itu
Ramai yang tergoda lagi yang jelita
Tiada keretaku bawa kau jalan-jalan
Rumahku pun tiada adapun bapa punya
Apa lagi belanja mau bayar berian
Kahwin sama kamu
Bukannya ku tidak suka sama kamu
Tapi aku takut hidup kau kan sengsara
Kerna aku cinta aku lepaskan kau sama org lain

Lalalalalala...sekian terima kasih.....







Monday, August 6, 2012

BERSEDERHANA.....

Islam agama yang sangat memahami jiwa, fizikal, dan rohani manusia.
Oleh kerana itu...kita dianjurkan bersederhana dalam setiap sudut kehidupan kita. Makan, tidur, pakaian, dan lain-lain lagi hendaklah bersederhana.

Dalam bahasa Pengajian Islam....Bersederhana = Wasatiah

Tapi gua langsung tak boleh terima kalau orang yang tak puasa kantoi ngan gua tapi masih menggunakan bersederhana sebagai alasan. Kisah ini berlaku ketika gua masih di universiti. Ikutilah perbualan ini:

Gua (berkopiah putih): "woi Aaron (bukan nama sebenar), ko tak puasa ekk...ni ada plastik2 mekdi ni?"

Aaron : "ala...aku lapar la...lupa sahur tadi...lagipun aku bersederhana je"...

Gua (masih berkopiah): "Celah mana sederhana kau tu?"

Aaron: "tu hah....mekdi tu...aku order saiz sederhana je"...sambil muka bangga konon lawak tahap pecah perut...

Gua (kopiah ditanggalkan): "cissssss!!!amik kau"...penerajang jurus BigMac singgah ke muka beliau...bab penerajang punya cerita ni, gua pula yg tak bersederhana...hahaha

Kesimpulannya: Bersederhana bukan bermaksud harus berkira dengan amalan kita. Bersederhana lebih kepada cara hidup kita.....