Posts

Showing posts from December, 2010

YEAYYYYYY....KITA JUARA!!!

Image
Yeayyyyyyy!!....KITA JUARA!!!!!!!!!!!! Walaupun tewas di Gelora Bung Karno, bekalan di Bukit Jalil memastikan Piala AFF Suzuki 2010 tidak terlepas ke tangan Garuda.... Keputusan Penuh (agregat): Malaysia (4) - Indonesia (2) *ihsan gugle. Safee : "Kalau nak rembat laju2 macam gua, rajin2lah pergi makan sate kajang!!" *ihsan gugle. Fahmi: "Kawe nak jupo tok Guru!!..lamo dok make budu!!" Pada gua, beliau (Khairul Fahmi) wajar mendapat MVP....tabik spring sama lu la beb!!...toinkkkkkkk!!!! *ihsan gugle. Idlan: "Tak lama lagi gua akan pakai baju ada lambang setan merah!!...ganti mamat yang slow belakang gua ni!!...keh keh keh" Walau apa pun berlaku, gua nak ucapkan syabas kepada Team Malaysia dan anak buah bimbingan K.Rajagopal ....lu orang memang ROCKKKSSSSSS!!!.... p/s: "garuda patah sayap...bertongkatkan paruh" - itu yang tak boleh nak terbang tinggi tu...keh keh keh

"SAYA BLOGGER JOHOR"

Image
Sila klik ke link ini.... (Blog Pilihan Malaysia 2010) ----kalau lu orang nak tahu lebih lanjut.. Berikut adalah perkara yang gua patut senaraikan: Nama: "Ariff"....orang kampung panggil gua Beckham...gua tak tahu kenapa..mungkin paras rupa ada iras-iras beliau... Status: Gua boleh dikategorikan dalam mood berbulan madu...keh keh...mempunyai isteri yang sangat wonderful dan lebih dikenali sebagai Pn.Diplomatik... Cara nak hubungi gua: Emmmm...yang ini susah sikit...gua takde Twitter dan sewaktu dengannya...yang ada hanya FB : Arif Averous Daerah/Jajahan: Kulai/Johor...gua pernah berkawan baik dengan Mawi...sering sahaja beliau tumpas dengan gua dalam bidang seni suara satu ketika dahulu Tempat Tinggal: Sekarang gua tinggal di Sunway....keluar sahaja tingkap rumah gua dah boleh terjun ke Sunway Lagoon... Apa Yang Menarik Di Johor : Mee rebus hj. wahid (tangkap beratur nak beli beb), boleh jumpa ramai Singaporean (gerek seyyyy!!), bab2 awek...gua tak boleh cerita kat sini...k

PRICELESS....

Image
Tol dari kulai ke KL = RM37.40 Isi minyak kereta di RNR Air Keroh = RM35 Air teh lipton dalam botol = RM2.70 Air mineral spritzer = RM1.50 Coklat dan kunyah = RM5.20 Tiket perlawanan dibayar kepada kawan bernama azhan = RM30.... Melihat Malaysia menang 3-0 keatas Indonesia = pricelessssssss....... Yang lain BISA diuruskan dong!!! p/s: berbaloi2..............harap2 di indonesia kita terus maintain dan julang AFF Suzuki Cup....

NAK KAYA

Image
Nak kaya? Nak kerata mewah? Nak kerja kat rumah? Bil-bil bulanan melambak-lambak? Api, air, astro, telefon dan lain-lain? Tiada masa untuk anak-anak dan keluarga ? Income RM15k - RM20k sebulan!!! Pakai kereta mewah!!! *ihsan gugle Amacam!! ada berani nak kaya!! keh keh keh...lu orang mesti ingat gua ni ejen.... serius gua tak percaya kalau nak kaya kena lepak rumah je... kaya roti pun tak dapat kalau tak pergi kedai beb...keh keh keh.... p/s: bukan senang nak senang....bukan susah nak susah....

Trip ke Padang Pasir....

Image
2 hari yang memenatkan... Perjalanan ke Lekhwair dari Muscat memakan masa hampir 5 jam (sampai leper punggung gua)... Sepanjang perjalanan gua ditemani dengan pemandangan bukit-bukau dan gunung ganang yang tidak bertumbuhan...tidak seperti di Malaysia, bukit bukau dan gunung ganang di sini hanya berkomposisikan batu dan pasir....sekali sekala gua cuba pandang kiri dan kanan kalau-kalau ada kelibat Shakira Waka Waka, namun agak mengecewakan.... Beginilah rupa pemandangan sebuah kapal korek minyak di atas padang pasir....sebelah malam ada acara belly dance di atas puncak kapal korek ini...gua tidak dapat turut serta kerana jadual qiyamullail agak tidak mengizinkan... * menghisap rokok disini adalah tidak diizinkan..melainkan jika mahu mati rentung.... * gua kelihatan agak akademik dengan fail2 di sisi.... Kesimpulannya, gua amat menghargai pengalaman ini...satu kelainan yang gua rasa sukar untuk berulang kembali..... p/s: balik nanti gua nak bellydance...hehehe...tunggu ye Pn.Diplomati

3 hari di sini....

Image
Gua kat oman...baru 3 hari... Gua sudah rindu Malaysia....dan yang paling dirindui adalah Pn. Diplomatik... Kat sini, gua makan macam2.... Hari pertama: Kebab daging yang besarnya macam 3 orang makan Hari kedua : Makan ikan yang gua syak adalah anak ikan jerung ... Hari ini : Nasi beryani yang saiznya untuk gergasi bermata satu... Kesimpulannya: Gua makin gemuk...huhuhuhuhu p/s: nanti nak makan udang masak lomak buatan Pn. Diplomatik...huhuhuhuh

Sekeping Kad Dibawa Berlari!!!!

Image
Pagi tadi gua dapat satu panggilan telefon... Tak tahu dari mana panggilan itu datang... Cakap bukan main laju...explanation haram satu jadah gua tak faham... Rupa-rupanya nak suruh gua subscribe sejenis kad Antara kegunaan kad tersebut adalah: Diskaun untuk pakej perlancongan ...kemana sahaja ye... Insuran kemalangan percuma Pakej diskaun untuk umrah .. Tidak lupa diskaun untuk membeli bela h seperti berbelanja di Spa, Butik, dan Kedai Buku Walaupun penampilan gua agak Metroseksual, akan tetapi gua tidaklah menggayakan cara hidup ke arah metro seperti pergi ke spa, butik, dan melancong....maka dengan secara hemahnya gua menolak promotion yang dicanangkan.... Gua cuba menolak dengan baik, tapi terus-terusan gua dihujani dengan pertanyaan, kenapa lu tak nak?...ada masalah ke?...kenapa nak bincang dengan Pn. Diplomatik?..dan macam2 lagi... Kesudahannya...gua letak telefon tanpa rasa bersalah sambil menunggu panggilan dari Lisa Surihani...oppsss!! (Pn Diplomatik!!, sila baca sambil menge

Berjalan Sambil Menderma....

Image
Hari selasa yang lalu, gua dan Pn. Diplomatik telah menjalankan satu usahasama dalam menjayakan seruan Kementerian Kesihatan untuk menderma dara...opsss!!...darah... Setelah dicucuk jari dan dipam dibahagian lengan maka sahlah gua dan Pn. Diplomatik berstatus boleh menderma....Pn. Diplomatik kelihatan agak menggigil, nerves, dan serba tidak keruan...sikap yang ditonjolkan oleh Pn. Diplomatik agak sama ketika upacara akad nikah dulu...gua syak la.... Kini tibalah upacara yang dinanti2kan....lengan dicucuk jarum...darah mengalir tidak henti...beg simpanan yang tadinya kosong kini semakin dipenuhi dengan darah.....harapan gua untuk mendengar jeritan Pn. Diplomatik tidak kesampaian...beliau kelihatan bersahaja dan tenang...gua kecewa!!! Setelah hampir 10 minit...kini sempurnalah upacara menderma darah....tibalah upacara yang dinanti2kan... Milo free besertakan kek enak...gua mmg suka benda2 percuma.... p/s: darah O + darah B, agak2 jadi apa ekk?

Satu Muharam....

Satu Muharram Detik Permulaan Perkiraan Tahun Islam Hijrah Perpindahan Nabi dan Umat Islam Dari Kota Makkah ke Kota Madinah Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu Rela Berkorban Harta dan Nyawa Demi Menegakkan Islam Tercinta Hijrah Itu Pengorbanan Hijrah Itu Perjuangan Hijrah Itu Persaudaraan Hijrah Membentuk Perpaduan Oleh Itu Mari Semua Kita Sambut Maal Hijrah Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam Untuk Sepanjang Zaman p/s: teringat zaman kanak2 bernasyid lagu ini....terkenang la plak...:)