Friday, February 24, 2012

HARI INI HARI JUMAAT

Today is friday...mari kita gandakan....


Published with Blogger-droid v2.0

Wednesday, January 4, 2012

MASTERCHEF EDISI 1994 - ep1

Suasana hari itu amat membosankan...segalanya serba tidak kena...hujung minggu selaku murid darjah 4 seharusnya ceria dan mencabar...sekurang2nya aktiviti seperti 4wd, go-kart, panjat gunung everest, merentasi selat inggeris dan mencuri ayam tok ketua perlu dijanakan...pun begitu fikiranku buntu lantas tercangap di depan televisyen tanpa haluan..


Sedang mata mula kuyu...badan mula lesu...otakku ligat berfikir...asalnya nasi dari beras...ditambah air...dipanaskan..lalu kembanglah beras menjadi nasi....arghhhh...badanku mengigil..seolah meminta teori itu segara dicuba..


Tiba2 badanku ringan tidak semena...meloncat tinggi bukan kepalang...bingkas bangun dari kemalasan....hampir sahaja kepalaku terkena kipas...bayangkan tingginya loncatan...zaki sadri kalau terlihat, menelan air liur tanda kagum....


Berlarilah aku kedapur....dimana letaknya beras?...mata meliar mencari arah...namun belum kutemui...


BERSAMBUNG


Published with Blogger-droid v2.0

Tuesday, January 3, 2012

After SPM 1999

After SPM 1999...


Macam2 gua buat selepas sahaja abis SPM...


Memula gua mencuba kerja sebagai operator pengeluaran di salah sebuah kilang....kilang tersebut merupakan vendor kepada jenama elektrik AIWA...zaman ni walkman tgh naik..dan jenama AIWA boleh dikira up la gak...tp masih kalah kepada gergasi barang elektrik iaitu SONY...


Kerjaya gua di AIWA tak bertahan lama....gua ada masalah dengan peraturan kilang yg membenarkan pekerja lelaki bersolat jumaat ikut shift...maksudnya kalau minggu ni dpt solat...minggu depan bagi chance kat org lain...begitulah seterusnya....oleh kerana itu gua mengambil keputusan meninggalkan kilang walaupun akak2 dan awek2 kilang mogok lapar mengetahui keputusan gua...


Seterusnya...gua mencuba nasib sebagai tukang masak di restoran fastfood (marrybrown)...pesaing kuat jenama2 terkenal seperti KFC...mcdonalds...dan juga chicken delight...zaman2 ni scene mamak belum begitu menumbuh bgai cendawan...


Kerja gua di situ lebih kepada tukang masak...masakan gua jarang dikritik...pujian2 yg gua terima melayakkan gua digelar masterchef...nasib baik zaman tu takde rancangan realiti masak2...hahahah....


Apapun yg korang lakukan lepas spm...buatlah.. Janji berguna.. Pengalaman adalah guru paling berharga....:)


Published with Blogger-droid v2.0

Saturday, December 31, 2011

PROMO PROMO - abam paiseh....


PROMO PROMO....terbaik dari ladang org kata...

Sesiapa berminat???...

Sila la calling 2 abam paiseh...

@ try usha link ni

www.hanifkarim.net

Tuesday, December 27, 2011

PERCUBAAN

Gua tgh mencuba minat baru ni....

Gua masih tak terer dan gua masih mentah...

Harap2 ada orang sudi ajar gua...

En. Abam Paiseh!!!...silalah ajar gua...:)

Hari hujung minggu ini, sempat belajar sesuatu...

Dari sifu adhadi...

Boleh klik sini untuk siapa yg berminat....http://adhadimohd.com/

Gua try upload satu dulu...

Model ini ialah Darlena (student UiTM)....

Gua nampak dia ada potensi menjadi model/artis....

p/s: nanti gua try upload cinta hati punya gamba k (Pn.Diplomatik la)

Monday, December 19, 2011

bersawang...

Salam semua...


Dah lama betul gua tak menulis disini...naik bersawang gua syak...kelihatan juga kelibat beberapa ekor labah2 menganyam sarangnya...tikus jangan cakap la...3-4 ekor patah tengkuk gua karate...


Bukan ape...gua agak sibuk...cewahhh...hujung tahun la katakan....tak caya?... Caya lah...cayalah...percayalahhhhhh!!..


Apapun...gua rindu semua...


Gambar yg dilampirkan adalah bukti gua sgt busy....tak percaya? Gua pun tak percaya...hehehe


Published with Blogger-droid v2.0