KEMBALI BERMOTOSIKAL

Setelah kehilangan kancil kesayangan, gua kembali bermotosikal ke tempat kerja.
Banyak juga kelebihannya bermotosikal ni ye...

Antara yang gua sempat kaji adalah:
1) Tidak perlu gusar tentang kesesakkan lalulintas. Menjimatkan masa di jalan raya.
2) Tidak perlu membayar tol. Al-maklumlah, kotaraya KL ni mmg dipenuhi dengan lebuhraya canggih yang lebar namun tetap sesak. Kalau berkereta akan guna lebuhraya NPE & SMART utk ke ofis. Kira-kiranya macam ni {(RM1.60+RM1.60+RM2.00) x 2 (pergi balik)}x 20hari = RM208.00. Wow!!!Jimat....
3) Kadar penggunaan petrol yang agak minima berbanding kereta. Isi RM5.00 boleh guna dalam 3 hari. Seminggu RM10.00. Maka sebulan dalam RM40.00. Wow!!!gua mampu menjimatkan RM260.00 sebelum.
4) Kadar maintanance yang juga murah. RM100.00 dah boleh kasik servis power tip top...
5) Road tax RM4.00 (kalau buat di POS Malaysia la)....

Pun begitu, sepanjang pengalaman gua bermotosikal satu masa dulu banyak juga kekurangannya. Antaranya ialah:
1) Peratusan terdedah kepada insiden kemalangan sangat tinggi, walaupun penunggang adalah seorang yang berhemah dijalanraya. Betulkan?
2) Hujan!! kena berteduh dulu..
3) Tak dapat la gua nak dengar Salleh Yaakob, Kak Engku, dan Keril di SINAR Pagi....huhuhuhuhuh....

Pun begitu, pilihan di tangan anda...:)

Comments

tasekM said…
aku risau tang accident tu..

hati2 ye adinda.


.
M.a.A.s said…
terima kasih kak tasek...akan sentiasa berhati2 di jalan raya...:)
K'owNeysa said…
betul..highway byk..tol pun byk..jalan tetap jam..nasib aku ikut melawan arus..anyway hope ko dapat keta baru soon..=)
M.a.A.s said…
thanks keown....huhuhu.,,kete baru?...tak so soon la kot..hihihhi
jufri said…
tp jika menaiki komuter dan lrt, menjimatkan serta dpt dgr salleh yaacob mengunakan mp3+fm player

Popular posts from this blog

KALAU LAMBAT DATANG OFIS....

Apekehal lambat.....

Suka-Suka Tangkap Gambar Produk