KENAPA PERLU BERSENAM!!!

Kenapa perlu bersenam?

Nampak macam soalan SPM kertas 2 Bahasa Melayu kan?...

Namun, perkara ini jangan dipandang remeh, renyah mahupun enteng.

Jika dikenang zaman ketika bersekolah rendah dulu, budak2 yang berkategori obes adalah minoriti, dan isu seperti makcik kantin menjual nasi lemak, nasi goreng, pisang goreng, air sirap mahupun ais kacang langsung tidak dimediakan.

Kerana apa?....

Kerana gaya dan style hidup zaman dulu2 adalah sihat, dan elemen2 senaman telah dimasukkan dengan secara tidak langsung dalam kehidupan seharian.

Sebagai contoh:

1) Hujung minggu gua sentiasa dipenuhi dengan aktiviti didepan TV. Tiba-tiba ibu bersuara, "Arif!! tolong mak belikan kacang hijau kat kedai Ah-Tiam, mak nak buat bubur kacang". Gua terus melompat naik basikal dan berkayuh kesana. Nampak tak elemen senaman di situ. Zaman sekarang sah2 naik motor scooter mahupun kereta "pasar".

2) Ketika gua sedang enak tidur dikala tengah hari buta. Tiba-tiba terdengar kucing2 sedang bergaduh hingga mengeluarkan bunyi yang gua tidak senangi. Gua terus bingkas bangun dan terus berlari mengejar sambil menyepak kucing2 tersebut. Nampak tak elemen senaman disitu. Zaman sekarang mesti tak sedar nak bangun. Sebab tidur bertemankan penghawa dingin dan I-POD di telinga....

3) Ketika gua sedang berzanji bersama Mawi di kala malam hari, tiba2 seekor lipan masuk kerumah. Lantas gua bangun sambil menjetik lipan tersebut hingga mati. Nampak tak elemen senaman disitu. Zaman sekarang? Entah bebudak kenal ke idak dengan lipan sebenarnya?....

Banyak lagi contoh2 hebat yang malas nak gua huraikan, seperti berenang dengan ikan lumba2, berlumba lari dengan sang Cheetah, bertanding gusti lengan dengan sang Gajah, dan lawan tahan nafas paling lama didalam air dengan ikan Barracuda.

Dan sebagai konklusinya, KENAPA PERLU BERSENAM?...kerana senaman bagus untuk kesihatan dan kedengaran sangat "cool"...seperti cerita gua ni...

Comments

hanie said…
persoalannye sekarang... lu bersenam ke idak?

haa..cer jawap. hahahaha
M.a.A.s said…
hanie: tidak cukupkah dengan contoh2 yang gua bagi...hehehehe
-HanaMichi- said…
sekarang repp..sekarang....contoh lu tu, ms lu kecik-kecik...

eh..meh ar single bedminton ngan gua...gua blanje lu point 15..nnti gua kejo..wakakakkaak
paiseh said…
jadi lauk mcm lu slalu kena tu pun kire bersenam juga dok?
M.a.A.s said…
HanaMichi: Lu tunggu hana...rexy mainaky pun geram je tengok smash gua yang berapi2 tu...hehehe..bila mahu on?...

Paiseh: kira senaman la tu...tragedi berkayuh ke 7E ketika di VWM tidak gua lupakan...penat seyyyyy
Coffee Girl said…
Kesian itu lipan. haha. Okeh petang ni jugak i pi bersenam!
M.a.A.s said…
Coffee Girl: hehehe...bagus2..meh kita berjogging...harap2 lipan tu takda adik beradik untuk membalas dendam kat gua...hahhahah

Popular posts from this blog

KALAU LAMBAT DATANG OFIS....

Apekehal lambat.....

Suka-Suka Tangkap Gambar Produk