MAKAN KFC!!!

Sekitar tahun awal 90-an, scene makan KFC adalah sangat rare. Hanya mereka yang berpendapatan RM1,000 keatas sahaja dikatakan berkemampuan. Dengar cerita, zaman itu makan KFC dengan tangan boleh membawa malu. Haruslah makan dengan pisau dan garpu.

Pernah sekali gua mencuba nasib mengajak mak ke KFC. Kesudahannya, gua berlari kehulu hilir mengejar ayam kampung yang memang terkenal dengan kepantasannya. Pun begitu, ilmu yang gua terima ketika mewakili sekolah ke peringat Majlis Sukan Sekolah2 Zon Utara dalam acara 100 meter menyebabkan ayam2 tersebut lelah, lesu, serangan jantung dan nazak sebelum disembelih.

Rupa2nya, daging ayam kampung yang telah direbus lembut, digoreng dengan tepung ala2 KFC, adalah amat sedap dan rasanya menusuk kekalbu. Mak selalu kata yang ayam kampung baik untuk kesihatan, tidak berlemak, dan selalu digunakan oleh pawang2 untuk menyembuhkan penyakit. Mungkin kerana itu gua terus slim untuk tahun2 seterusnya.

Kini, gua selalu juga berkunjung ke KFC. Mungkin sebab itu gua dah tak berapa slim. Betullah kata ibu.

Comments

-HanaMichi- said…
ni semua salah keepsi la ek?
blame keepsi..! dia yg supply lemak tepu kat lu.
tasekM said…
aku sikit punya lama tak makan kepsi.


.
M.a.A.s said…
hanamichi: keepsi mmg bersalah...gua tgh jumpa lawyer buat perbincangan...tapi lepak kat keepsi gak...so how?

tasekM: patut la lu slim melim...heheheh
Dr Singa said…
tak berapa slim= gebu eh?
M.a.A.s said…
drsinga: gebu pun tak sgt...heheheh....berdebu ada lah
tasekM said…
z154.



ko jgn tanya no apa rip.
ha ha.




.
M.a.A.s said…
tasekM: alamak...curiousnya...nak tanya juga...hahahah
Unknown said…
ibuuu...

ibuuuuuuu....

engkaulah ratuuu hati kuuuuu~


memang berkat dengar cakap mak :p
M.a.A.s said…
artoone: ratu hatiku...dulu..kini dan selamanya..

Popular posts from this blog

KALAU LAMBAT DATANG OFIS....

Apekehal lambat.....

Suka-Suka Tangkap Gambar Produk