MAIN PERANG-PERANG

Zaman dulu-dulu...

Kalau teringin nak main perang-perang, persiapan haruslah mantap. Senapang rekaan kayu wajib ada. Bom tangan yang diperbuat dari tanah liat harus disiapkan. Periuk-periuk buruk yang tidak diguna lagi mungkin akan di"spray" dengan pelbagai warna. Untuk pengetahuan, periuk-periuk akan menjadi topi keselamatan tahap gred A.


Itu persiapan biasa-biasa. Untuk geng-geng panglima macam gua, persiapan fizikal harus rapi. Berjogging keliling kampung, tekan tubi tanpa henti, dan juga sit-up harus diamalkan. Sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum peperangan. Geng-geng panglima ini, kalau dah kena tembak pun masih tidak mengaku mati dan terus berjuang.

Zaman sekarang....nak main perang2.???

Beli CD/DVD, letak dalam alat permainan video, samaada PS3, PS2, Nintendo Wii, Xbox 360, dan macam-macam lagi. Kemudian tekan butang power, pegang alat kawalan, kuatkan speaker...nah!!! peranglah kau sampai maghrib....

Gila tak thrilllllll....

Patutlah budak2 sekarang banyak yang obesiti...berperang sampai makan nugget goreng dan air bikarbonat...emmmm!!!!

Comments

-HanaMichi- said…
mane gambo peluru bintat lu?
teringat senapang arwah bak gua watkan
M.a.A.s said…
HanaMichi: peluru bintat harus simpan dalam poket...hhehehe...moga arwah tenang disana...amin....
paiseh said…
pastu nak salahkan nasik lemak~
Unknown said…
bro, nak satu senapang tu boleh?
M.a.A.s said…
paiseh: tula..kesian nasi lemak...dulu gua layan hari2 pun slim

artoone: nanti gua try buat satu tuk lu..heheheheh
mat_ganu said…
snapang kawe buleh laras boh..
kalo nk tmbok jauh, wat panjang..
nk tmbok dekat laras pendek..
kne blkg berbiras tue..
smggu tdor meniarap ler..huhuhu..
mat_ganu said…
This comment has been removed by the author.
M.a.A.s said…
farham: demo meme terbaik...kalu kawe nak order satu senape boleh ko?

Popular posts from this blog

KALAU LAMBAT DATANG OFIS....

Apekehal lambat.....

Suka-Suka Tangkap Gambar Produk