Sekeping Kad Dibawa Berlari!!!!

Pagi tadi gua dapat satu panggilan telefon...
Tak tahu dari mana panggilan itu datang...
Cakap bukan main laju...explanation haram satu jadah gua tak faham...
Rupa-rupanya nak suruh gua subscribe sejenis kad
Antara kegunaan kad tersebut adalah:
  • Diskaun untuk pakej perlancongan...kemana sahaja ye...
  • Insuran kemalangan percuma
  • Pakej diskaun untuk umrah..
  • Tidak lupa diskaun untuk membeli belah seperti berbelanja di Spa, Butik, dan Kedai Buku
Walaupun penampilan gua agak Metroseksual, akan tetapi gua tidaklah menggayakan cara hidup ke arah metro seperti pergi ke spa, butik, dan melancong....maka dengan secara hemahnya gua menolak promotion yang dicanangkan....

Gua cuba menolak dengan baik, tapi terus-terusan gua dihujani dengan pertanyaan, kenapa lu tak nak?...ada masalah ke?...kenapa nak bincang dengan Pn. Diplomatik?..dan macam2 lagi...

Kesudahannya...gua letak telefon tanpa rasa bersalah sambil menunggu panggilan dari Lisa Surihani...oppsss!! (Pn Diplomatik!!, sila baca sambil mengetap bibir tanda marah ye!!..heheh)

Pun begitu, kad yang satu ini memang gua suka...lu orang camne?

*ihsan gugle

p/s: agak2 lu orang kan...promotion yang menggunakan medium telefon ini boleh percaya ke?...gua agak sangsi la...ermmmmmm

Comments

Ikhwan Hayat said…
Promosi sedemikian gua ada dapat lepas gua buat credit card dulu. (Ya, gua mampu ada credit card, gua memang kaya).

Tapi gua buat tak layan je. Gua ada jugak tanya2 awek yg call tu kalau2 dia nak kuar dgn gua minum2 kat Starbucks.

Dia kata tak nak. Dia kata Starbucks Yahudi. Gua terus insaf lepas tu.
hanie said…
kad yg gitu tak payah le percaya. bohong jek lebih.

hah..kad yg last tu wa mmg suka. buleh eksen time sesak. haha
M.a.A.s said…
ikhwan: bagus wan..heheh...dari starbucks baik pegi warong kopi je..

hani: gua pun tak caya gak
tasekM said…
kalau gua, mmg gua tak dengar dh makhluk tu bercakap. harus gua letak je phone.


.
M.a.A.s said…
tasekM: gua memang respek sama lu...harap2 dapat ikut cara lu...
-HanaMichi- said…
lu ni..x reti la..
yg tepon, pompan ke lelaki? kalo pompan, lu ayat2 sket.
kalo lelaki, lu maki
cm tu la kekdahnye..
M.a.A.s said…
hanamichi: yg col tu awek la...tapi dah gua tgh tunggu lisa surihani col..tu yg gua kaget sikit tu...hahaha

Popular posts from this blog

KALAU LAMBAT DATANG OFIS....

Apekehal lambat.....

Suka-Suka Tangkap Gambar Produk