TUAH vs. JEBAT

Tuah kelihatan gelisah. Apa sahaja yang beliau lakukan semua serba tidak mengena. Tuah bersama-sama Lekiu dan Lekir berada di tahap getir. Lawan mereka bukan calang-calang. Semangat kental Jebat dan Kasturi memang amat digeruni, ditambah pula dengan kecerdikkan Tok Guru mereka sendiri Sang Adiwira.

Tuah harus lebih kedepan, tendangan dan libasannya harus lebih pantas. Manakan tidak, setiap tendangan beliau pasti ada sahaja jawapan dan balasan dari Si Jebat. Tuah mati akal, buntu seketika. "Apa harus aku lakukan?" getus hati kecil Tuah. Dulu, Jebat bukanlah tandingan Tuah. Hasil usaha dan komitmen yang tinggi kini Jebat dapat menyaingi kehebatan Tuah.

Pertarungan semakin sengit. Mentari yang tadi panas terik mula melabuhkan tirai. Mendung senja kini tiba, namun pertarungan harus diselesaikan. Kedengaran dari jauh jeritan mereka berenam. Jebat tersenyum lebar, beliau baru sahaja menangkis dan menepis serangan bertalu-talu dari Tuah. Puas hati mungkin.

"Cis Jebat!!! ini tidak boleh jadi, lambung tinggi sedikit Lekir" seru Tuah. Tuah melompat tinggi, pun begitu Jebat sentiasa membayangi gerak geri beliau. Ketika berada di paras udara lebih kurang 8 kaki, Tuah sempat lagi berfikir. "Kalau aku libas gulung mahunya dengan mudah ditampan oleh Jebat" fikir Tuah. Di saat akhir, Tuah mengambil keputusan untuk menanduk masuk bola tersebut. Pun begitu, keputusan beliau adalah tidak bijak, strateginya tidak menjadi. Tandukan yang diharap dapat menyelamatkan maruahnya selaku killer utama Melaka hanya bergolek-golek perlahan lalu terkandas dijaring.

Kini jelaslah, Jebat, Kasturi dan Tok Guru Adiwira baru sahaja memenangi pertandingan sepaktakraw peringkat Mukim Alor Gajah, Melaka. Mereka baru sahaja menewaskan Trio Tuah dengan keputusan 21-19, 19-21 dan 25-23.

Jebat senyum menguntum. Esok pasti terpampang mukanya di Harian Metro Edisi Selatan.

Comments

Im Single said…
lutut jebat tak injured sebab dia tak main futsal..

Popular posts from this blog

KALAU LAMBAT DATANG OFIS....

Apekehal lambat.....

Suka-Suka Tangkap Gambar Produk