Cara-cara menguruskan badan dikala Ramadhan..

Berikut adalah beberapa tips untuk menguruskan badan ketika beribadah puasa di bulan Ramadhan....Tips2 ini hanyalah mengikut survey dan pada hemah gua semata2:

1. Hendaklah berpuasa penuh ketika bulan Ramadhan (bagi golongan pria). Drive2 thru yg tumbuh bagaikan cendawan hendaklah dihindari dikala siang hari....

2. Seboleh2nya...kurangkan menghadirkan diri ke kawasan bazar2 ramadhan. Ini kerana juadah2 yang dijual amat mudah menewaskan kita. Bau2an seperti murtabak, ikan bakar, ayam percik, dan lain2 adalah sukar untuk ditepis. Bagi golongan bujang, berbuka dimasjid juga amat membantu.

3. Banyakkan minum air masak selepas berbuka. Hendaklah diingat ye, selepas BERBUKA!!!!...gua tak nak tips2 gua difatwakan dah disalah pakai.

4. Berbuka cukuplah dengan kadar 3 biji kurma dan satu meal....yg ini gua selalu fail...yela...kurma je hampir sekotak wa balun...nak2 jenis Yusoff Taiyoob ~sambil berbisik~

5. Dengar cerita berterawikh 20 rakaat juga membantu. Yang ini pun gua selalu fail, selesai je 8 rakaat terus angkat kaki....emmmmm....time moreh tu slow2 sikit ye...jgn sampai ada orang sound macam keretapi dah la...huhuhuh

Itu sahaja tips2 yg dapat wa kongsikan dengan lu orang...sebenarnya ada byk lagi..contohnya seperti berjoging selepas selesai terawikh, berbasikal ke bazar dan macam2 lagi....yg penting jagalah kesihatan anda semua agar Ramadhan dapat ditunaikan dengan sempurna....

Comments

K'owNeysa said…
kadang kala turun tangga dari tingkat 12 pun boleh membantu..terutama di kala lif rumah rosak..
seperti pagi ini..rasanya 12 kilo kot dah bakar
M.a.A.s said…
turun ok lagi keown....cuba try naik tgk..hahahaha...
sebut pasal basikal, ku dah terlepas nak beli basikal hari tu~

sob3~
M.a.A.s said…
alamak...mcm mana boleh terlepas tu.emmm
K'owNeysa said…
pernah dah naik...tp kalau bulan posa ni takut iman tergugat nk cari perkara yg membatalkan posa plak..
M.a.A.s said…
aikhhhh....apa yg boleh dibuat dicelahan anak tangga sampai batal puasa?...emmm...minum ekk?
K'owNeysa said…
sampai umah kang terus buat sirap letak ais batu sambil campur limau..letak plak ais krim vanila..dah alang2 kan?

Popular posts from this blog

KALAU LAMBAT DATANG OFIS....

Apekehal lambat.....

Suka-Suka Tangkap Gambar Produk