Gua manusia bertaktik dari kecil lagi....


Seperti yang gua nyatakan diatas, sesungguhnya gua sudah mempunyai pemikiran kreatif dan kritis sejak dari zaman kecil.

Seperti kanak-kanak sepermainan lain di kampung, gua juga tidak dapat lari daripada peraturan di larang mandi sungai ketika hari2 persekolahan, terutama waktu rehat dimana berlakunya pertukaran antara sekolah kebangsaan dan sekolah agama (untuk pengetahuan semua kanak2 di johor diwajibkan menjalani sesi sekolah agama di sebelah petang).

Antara taktik yang gua biasa laksanakan dari dikesan dari pihak ustaz mahupun ustazah, dan lebih mengerikan diketahui oleh pihak PIBG, adalah seperti berikut:

1) Mencari port mandi yang agak rare. Paling sesuai jika tiada kelibat makhluk2 lain bernama manusia (beruk2 dan monyet2 dikecualikan). Walaupun zaman ini masih tiada internet dan handphone, jgn sesekali memperkecilkan kuasa informasi pihak PIBG. Sesi mengumpat mereka dikala senja hari amat berkesan dan pastinya setiris manapun informasi mengenai aktiviti anak2 mereka pasti akan diketahui;

2) Membeli google murahan dari kedai Ah-Tiam. Mata yang kelihatan kemerah2an amat mudah dikesan oleh pihak ustaz dan ustazah. Untuk menambahkan lagi kemerahan itu mungkin pelempang akan diberi secara melulu. Lebih baik mengaku mandi sungai daripada dituduh menghisap ganja. Oleh itu google murahan adalah lebih bersifat detective prevention;

3) Mandi menggunakan underwear adalah sangat merbahaya. Ini kerana lebihan basahan hasil dari sesi kuak lentang mudah sahaja dikesan oleh pihak berkuasa. Langkah terbaik adalah menjemur underwear setelah selesai mandi dan berniat mengambilnya semula di masa2 mendatang. Jika tidak kekurangan bekalan underwear pasti dikesan oleh pihak PIBG yg selalunya membasuh dan mengemas almari pakaian.

4) Untuk mereka yang berkeyakinan tinggi tentang tahap maskulin mereka, mandi bogel adalah langkah terbaik. No one care about the size....hahahaha...

~kalau gua ajak member2 lama reunion mandi sungai secara bogel, agak2 diorang nak lagi ke...hishhhh~

Comments

azrie hafiz said…
Pergh. Jom mandi sungai.

Popular posts from this blog

KALAU LAMBAT DATANG OFIS....

Apekehal lambat.....

Suka-Suka Tangkap Gambar Produk