post mortem Thomas Cup

Tanah air Malaysia kita yang tercinta masih tercari2 resepi istimewa untuk membawa kembali Piala Thomas yang kini sudah masuk 18 tahun terlepas dari gengaman....

Pelbagai cadangan dan idea telah diberikan dari segenap pelusuk untuk memantapkan lagi pasukan Malaysia....sinar harapan yang diberikan kepada pasukan yang terdiri dari Single dan Double beranking no 1 dunia kini hancur...namun untuk menunding jari 100 peratus kepada mereka adalah sangat tidak adil....

Oleh itu gua cuba mencari jalan penyelesaian dengan mencari bakat2 yang boleh memberi harapan dan sinar baru kepada Malaysia....antara pemain2 berbakat tersebut ialah...

Paiseh dekonstruksi:
Agak berumur dan hampir mencecah 30 an, namun stamina dan semangat juangnya amat tinggi menggunung. Menggunakan raket dengan regangan tali 28 pounds (hampir sama dengan Chong Wei) mungkin satu petanda baik untuk terus maju.

Samel Singular:
Dari pemerhatian gua, mamat samel amat tangkas ketika di jaring...kelajuan beliau menduga bola2 tanggung di net amat boleh diharapkan, amat sesuai untuk permainan bergu. Beliau adalah bekas pemain professional ping pong dan kadang kala mampu menerapkan element2 ping pong dalam sukan badminton contohnya: servis bola kosong.....

Azrie prosper
Beliau adalah pemain badminton separuh masa yang mempunyai pointer first class degree dalam ijazah perakaunan. Oleh kerana kebijaksanaan beliau dalam bidang akademik, setiap pukulannya mempunyai kiraan tertentu secara matematiknya. Analisa secara statistik beliau amat membantu pasukan untuk menang perlawanan2 kritikal.

Gua Sendiri
Gua selalu sahaja tewaskan mereka2 yg berkenaan seperti nama di atas...jadi paham2 sendiri tanpa perlu ulasan panjang lebar....sekian terima kasih

Comments

paiseh said…
gua ingat nak taip pnjang2 ulas pasal lu.. tiba2 hari ni gua ubah fikiran..
nah! satu jari tengah untuk lu~
M.a.A.s said…
paiseh: lu jgn ikut perangai faruzizuan..terima kenyataan..dan seterusnya terus gigih berlatih agar kejayaan seterusnya mampu ditempa...heheh
Im Single said…
ayat last tak boleh blah tu.. woi, ppong bile nak on?
azrie hafiz said…
gile ape ajak main tangkis malam nih. arjentina sape nak jage.

- lionazrie -

Popular posts from this blog

KALAU LAMBAT DATANG OFIS....

Apekehal lambat.....

Suka-Suka Tangkap Gambar Produk