A reminder to myself......


Bangun pagi….
Sibuk terlambat pergi kerja….lupa subuh…kalo lambat nanti trafik berselirat
Arghhh….petang2 sahaja aku qadakkan…

::::::::

Jejak sahaja kaki di ofis…aku segera…tanpa perlu menunda2….
Mengerah tenaga dan fikiran…memikirkan masa depan anak isteri…
Ingin membela nasib orang tua…..zuhur menjelma….
Alamak….ada meeting urgent…tunggu la…

::::::::

Jam berdetik tanpa ragu….tidak langsung memperlahankan detikannya…
Ahhh sudah….ini perkara penting…jika tidak siap mahu aku dibaham…
Dimaki hamun….dicaci…dipotong gaji…majikan bukannya peduli…
Hari sudah semakin senja……Asar????…kejap lagi la….

::::::::

Senja makin melabuhkan diri…..kawan ajak minum…
Emmm…pekena teh tarik memang best….
Lepak…borak….hembusan asap….rilek…tenang seketika…
Sedar2 hari dah gelap….maghrib??...tak sempat la pula

::::::::

Cahaya neon mula menyinari kegelapan malam…
Aku lesu…aku longlai…dengan tak berdaya ku buka pintu rumah….
Anak & isteri sudah berkira2 untuk melelapkan diri….
Aku apa lagi…lepas bersihkan diri aku terus bermimpi……

::::::::

Sekadar renungan untuk diri sendiri…..



Comments

paiseh said…
gua pun nak merenung2 juga woi~
M.a.A.s said…
marilah bersama2.....uhhhhhhhh

Popular posts from this blog

KALAU LAMBAT DATANG OFIS....

Apekehal lambat.....

Suka-Suka Tangkap Gambar Produk