Friday, July 4, 2014

KITA....

Kita…


Selagi perut mewah diisi..terkadang lupa akan mereka yang berlapar dahaga…

Kita…

Selagi rumah tersergam indah, mahligai indah bak istana…terkadang lupa akan mereka yang beratapkan langit…berlantaikan tanah…

Kita…

Kononnya bijak, otak geliga, harapan umat…terkadang lupa akan mereka…mereka yang langsung tidak berpeluang..mengenal insan bernama guru..bangunan bernama perpustakaan…atau bunyi loceng tanda tamat pelajaran.….

Kita…

Bila berkenduri..mewah makannya..diajak semua sanak saudara…sahabat handai….orang kenamaan…belum dicerita perihal Syawal…semua berlumba menjamu makan….tapi terkadang kita lupa…mereka yang bila dihulurkan sebungkus nasi pun terasa bahagia…

Kita…

Janganlah mudah lupa…ada diantara kita yang memerlukan…walau hanya sebungkus nasi..dan juga sebungkus sirap…kegembiraan mereka pasti membuatkan kita berlinang air mata….

Kita…

Janganlah mudah lupa..kerana aturan Allah tiada batasnya…dia Maha Pengatur…manakan tahu…satu hari kita pula terdampar di lorong kaki lima…hamba yang dahulunya kita hulurkan sebungkus nasi seikat sirap kini pula menghulur kepada kita….

Kita……..

Hanya hamba Allah….jangan sombong….

No comments: