MASTERCHEF EDISI 1994 - ep1

Suasana hari itu amat membosankan...segalanya serba tidak kena...hujung minggu selaku murid darjah 4 seharusnya ceria dan mencabar...sekurang2nya aktiviti seperti 4wd, go-kart, panjat gunung everest, merentasi selat inggeris dan mencuri ayam tok ketua perlu dijanakan...pun begitu fikiranku buntu lantas tercangap di depan televisyen tanpa haluan..


Sedang mata mula kuyu...badan mula lesu...otakku ligat berfikir...asalnya nasi dari beras...ditambah air...dipanaskan..lalu kembanglah beras menjadi nasi....arghhhh...badanku mengigil..seolah meminta teori itu segara dicuba..


Tiba2 badanku ringan tidak semena...meloncat tinggi bukan kepalang...bingkas bangun dari kemalasan....hampir sahaja kepalaku terkena kipas...bayangkan tingginya loncatan...zaki sadri kalau terlihat, menelan air liur tanda kagum....


Berlarilah aku kedapur....dimana letaknya beras?...mata meliar mencari arah...namun belum kutemui...


BERSAMBUNG


Published with Blogger-droid v2.0

Comments

Popular posts from this blog

KALAU LAMBAT DATANG OFIS....

Apekehal lambat.....

Suka-Suka Tangkap Gambar Produk