After SPM 1999

After SPM 1999...


Macam2 gua buat selepas sahaja abis SPM...


Memula gua mencuba kerja sebagai operator pengeluaran di salah sebuah kilang....kilang tersebut merupakan vendor kepada jenama elektrik AIWA...zaman ni walkman tgh naik..dan jenama AIWA boleh dikira up la gak...tp masih kalah kepada gergasi barang elektrik iaitu SONY...


Kerjaya gua di AIWA tak bertahan lama....gua ada masalah dengan peraturan kilang yg membenarkan pekerja lelaki bersolat jumaat ikut shift...maksudnya kalau minggu ni dpt solat...minggu depan bagi chance kat org lain...begitulah seterusnya....oleh kerana itu gua mengambil keputusan meninggalkan kilang walaupun akak2 dan awek2 kilang mogok lapar mengetahui keputusan gua...


Seterusnya...gua mencuba nasib sebagai tukang masak di restoran fastfood (marrybrown)...pesaing kuat jenama2 terkenal seperti KFC...mcdonalds...dan juga chicken delight...zaman2 ni scene mamak belum begitu menumbuh bgai cendawan...


Kerja gua di situ lebih kepada tukang masak...masakan gua jarang dikritik...pujian2 yg gua terima melayakkan gua digelar masterchef...nasib baik zaman tu takde rancangan realiti masak2...hahahah....


Apapun yg korang lakukan lepas spm...buatlah.. Janji berguna.. Pengalaman adalah guru paling berharga....:)


Published with Blogger-droid v2.0

Comments

tasekM said…
habis spm 99?

aku 99 grad degree tau.
aku buat degree 3 tahun.

ok.
sila kira umur aku berapa.

kah2.


.
M.a.A.s said…
99 grad degree??...masa tu dalam 22-24...tmbah 12...dalam 34-36...tapi utk keselamatan, gua teka dalam sweet 28 la....hihihihi

Popular posts from this blog

KALAU LAMBAT DATANG OFIS....

Apekehal lambat.....

Suka-Suka Tangkap Gambar Produk