Salam Ramadhan..

Ramadhan adalah penghulu segala bulan....bulan rahmah dan pengampunan...syaitan2 juga dipasung kaki dan tangan....semoga kita semua menggunakan peluang yang masih ada sebaiknya......

Kisah satu
Gua merupakan orang yg lambat belajar berpuasa. Darjah 4 masih lagi berpuasa setengah hari...bukan apa..selalu sahaja gua lihat kelibat rakan2 sebaya yang kononnya berpuasa penuh, namun meneguk air paip dikala teriknya mentari...apa barang!!...baik mengaku sahaja puasa setengah hari sambil tak perlu gusar kesana kemari sambil "menyoyot" aiskrim malaysia berperisa milo atau asam boi...silap2..anak ketua kampung yang menjadi pujian ramai kerana sudah pandai membaca Utusan Melayu ketika di pra-sekolah pun boleh goyah iman melihat kelakuan gua tak berpuasa....apa nak risau...gua spesis lambat "baligh"...

Kisah dua
Gua adalah budak lelaki yang sangat mementingkan stamina sejak di bangku sekolah rendah lagi...oleh itu gua selalu sahaja marah kalau ada orang menjemput pulang dari sekolah...gua lebih rela jalan kaki...pingat emas olimpik acara 20km berjalan kaki memang impian gua dari kecil...

Hari itu panas terik bukan mainan...gua mengidam minum cendol makcik bini ustaz agama gua...kecewa!!...time2 gua serius nak beli tutup pula...tekak gua mula kearah air oren yang wa simpan dalam peti ais...sambil minum air oren diselang-seli dengan menghafal sifir 9 memang agak rare...

Setibanya di rumah, gua terus membuka peti ais...oren gua berada dalam keadaan terkawal...paras air berada di tahap semalam...maknanya tidak ada yg berani menyentuhnya...maklumlah...anak sulung macam gua memang agak bengis...gua terus teguk dengan penuh emosi...saluran tekak terasa nikmat...gua dapat merasakan air oren tersebut mula menyamankan rongga2 dan saluran esofagus...ahhhhhhhh!!! nikmatnya...

"Oit ariff!!...tak puasa ke engkau hari ini?"...kedengaran suara ibu gua, nadanya agak low tone...kalau naik C minor gua mulalah bersepah menyelamatkan diri...

"Dah masuk bulan puasa ke mak?...tak perasan pun"...tanya gua sambil menghitung jumlah bulan Islam yang gua tak berapa nak hafal masa tu..

"Yeeeee!!!...hari ini kan hari pertama Ramadhan"...seru ibu dengan penuh nada kasih sayang...

"Ooooo...tak batal kan mak kalau tak sengaja?...ustazah dekat sekolah tadi bagitau"...sambil meneguk lagi air hingga habis satu botol berukuran 1.5 liter.....

Conclusion
"Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. "- (Surah Al-Baqarah: 183)

~berpuasa rukun iman ketiga ke keempat?...hah!!cuba jawab~

Comments

Popular posts from this blog

KALAU LAMBAT DATANG OFIS....

Apekehal lambat.....

Suka-Suka Tangkap Gambar Produk