Keretapi - 1997


Gua dulu bersekolah di sekolah asrama yang terletak di Segamat, Johor. Bila tiba musim cuti sekolah, keretapi adalah salah satu medium pengangkutan yg selalu gua gunakan untuk pulang ke kampung. Walaupun mengambil masa lebih 2 jam berbanding menggunakan bas, keretapi tetap menjadi pilihan berdasarkan harganya yg lebih murah.

Masa itu musim cuti persekolahan. Aktiviti di kampung mmg agak santai. Bermain takraw, lepak bersama rakan2 yg mula menjinakkan diri dengan aktiviti rempit, dan juga hadir ke surau jika ada kenduri2 yg memerlukan kehadiran gua. Malam itu ada kenduri tahlil, maka gua dengan pantasnya tidak menoleh kebelakang mengambil peluang yang jarang muncul. Hidangan nasi ambeng mmg kesukaan....

Sedang gua enak melantak dan melahap nasi ambang bersama tiga rakan lain, tiba2 wa didatangi oleh kehadiran Wak Bilal. Paras rupanya agak berumur, namun kelunakkan dan kemerduan suaranya mengalunkan azan amat disukai penduduk kampung. Tiba2, beliau menegur dan menyapa gua,.

Wak Bilal: "Arip!! Wak dengar kau sekolah kat segamat? Jauh juga sekolah tu kan?"

Gua : "Ahah wak...jauh juga!! Jenuh juga kalau nak balik kampung...hehehe..."seru wa selamba, sambil masuk lagi satu suapan ke mulut

Wak Bilal: "Kau selalu balik kampung naik bas ke?...."

Gua : "Tak juga, kadang2 ada naik keretapi!!"....balas gua bangga...bukan semua anak muda kampung sebaya gua dapat merasa naik keretapi...

Wak Bilal : "Oooo..kalau kau naik keretapi ada berhenti2 ke?...Maklumlah!! Wak tak pernah naik keretapi ni...."

Gua : "Mestilah ada wak....banyak stesen keretapi ni berhenti...ada kat Kluang, kat Mengkibol, Pagoh dan lain2"...explain gua dengan bersemangat....

Wak Bilal : "Oooo...keretapi pun berhenti ye....yang korang berempat ni makan tak henti2 ini dah kenapa???...orang dah kemas nak balik ni...."

Kami berempat : Erkkkkkk....terkesima dan terkemaluan

Manalah gua tahu yang kenduri makan nasi ambeng biasanya orang tak layan makan sampai habis. Semua orang diberi bekas untuk dibungkus makanan tersebut. Awat la tak habaq awai2...gua orang Utara manalah tahu hal2 adat dan budaya orang Jawa...apa punya turrrr....

~ada lagi ke budaya nasi ambeng ni?...rasa macam dah pupus je....nasi ambang yang gua beli semalam kat bazar tak berapa nak true la~

Comments

hanie said…
hahaha..ada lagi lah budaya ambeng ni..kat mana ada org jawa..kat situ lah ada..haha

memang selalunya akan dibahagi 4..bungkus bwk balik..tp mkn dlm talam lg best..

hehe
Ikhwan Hayat said…
Aaih.. sesia la dilahirkan anak Jawa kalau tak tau membungkus nasi ambeng.

Sebelum puasa hari tu berlambak kenduri nasi ambeng kat kg aku. Satu hari sampai 2-3 berkat aku dan adik2 aku kena habiskan.. Patut aku ajak ko la rip..
Ikhwan Hayat said…
Eh pernyataan di atas utk anak "lelaki" je la ye, sbb laki je yg pegi kenduri & bungkus ambeng.
missCornfius said…
hahhahahaa... ade la.. 2 la adat famly aku klu kenduri.. wajib nasi ambeng.. skang byk nasi ambeng yg dah di ejass x mcm dulu2 punya... skang punya nasi ambeng.... zaman moden.. hahaa..
M.a.A.s said…
hanie: mungkin kat sunway tak brape nak jawa kot...hihih

Ikhwan: tu la wan...lain kali ajak la aku...:)..insyaAllah tak menolak kalau ada kelapangan...hehehe

missCornfius: yg tradisional juga best...:)
tasekM said…
aku sukeeeeee nasi ambeng.
M.a.A.s said…
tasek: nasi ambeng mmg best...hehehe

Popular posts from this blog

KALAU LAMBAT DATANG OFIS....

Apekehal lambat.....

Suka-Suka Tangkap Gambar Produk