EN. PROSPER - selamat melangkah ke alam baru

Ketika cahaya malam mula suram....bulan kian pudar....maka muncullah seorang khalifah di muka bumi ini yg dikenali sebagai En. Prosper....tanpa rasa ragu2, beliau telah menguatkan azam..menekadkan semangat untuk menjadi insan terpilih........


* illustrasi menunjukkan bahawa En. Prosper boleh menjadi seorang abah yg prihatin dan pendidik yg sejati....sekadar hiasan semata2.....

Untuk bakal isteri En. Prosper...ketahuilah bahawa sesungguhnya beliau merupakan seorang yg bertakwa dan beriman....motto "fastakim kama umirta" sentiasa menjadi pegangannya sehingga kini...."biah solehah" dan "ghaddul basar" akan sentiasa dipraktikkan biarpun bara api dipegang menjadi abu (jgn jadi pak abu sampai pat kali dah la!!...hehehe...)

Beliau juga merupakan insan yg sangat berhati mulia hatta membunuh nyamuk pun tidak kesampaian....tikus2 yg lalu lalang dibiarkan bermain sesuka hati....hingga kadang2 beliau sanggup mengorder mcD untuk dikongsi bersama dengan sang kecil itu...sungguh mulia hatinya....
* antara penghuni awal VWM....semua sudah tiada lagi....dan hujung minggu ini semuanya bergelar suami....
Ketika lawatan terkini gua ke VWM, gua dapat memerhatikan sikap tenang dan damai yg dimiliki beliau....setiap saat yg terluang pasti digunakan sebaik mungkin untuk menghafal setiap titik kelemahan yg ada...mintak saja surah ape...pasti akan dilafazkan dengan tenang dan berjaya....jika ditanya hukum tajwid pasti dijawabnya dengan tepat dan padat.......


* detik indah kenangan bersama dengan jejaka idaman IIUM....untuk perhatian!!...yg tidak berjubah sahaja adalah jejaka idaman....
Akhir kata...salam dihulur maaf dipinta jika ada kesalahan bagi pihak gua dan isteri gua sepanjang perkenalan kita....VWM akan sentiasa dihati.....SELAMAT PENGANTIN BARU...SEMOGA SELAMAT KEANAK CUCU....akhir kalam...terimalah serangkap pantun dari gua....
Burung merpati terbang sejoli,
Menuju kesangkar buat apa lagi,
Selamat menjadi raja sehari,
Moga soalan tok kadi mudah untuk diansweri....
Salam Satu Malaysia...Majulah Sukan Untuk Negara



Comments

Che Hassan said…
sekali imbas punya baca, mcm 'up' kan aku. tapi bila baca betul2, baru lah aku tau, saham aku dari 1st board, pergi second board, terus merudum jatuh..huhu
M.a.A.s said…
hehehe...inilah yg dinamakan illusi optik san...

Popular posts from this blog

KALAU LAMBAT DATANG OFIS....

Apekehal lambat.....

Suka-Suka Tangkap Gambar Produk