satu malaysia ke?


Semangat satu Malaysiaku memang terserlah dari kecil lagi. Masa itu Tun Dr Mahathir adalah idola semasa. Cita2 aku untuk menjadi komunis sering disalah tafsir oleh Cikgu Mala. Kelas 1 mawar masih dalam ingatan dengan seorang rakan terehem2 dalam kain…hehehe…tak senonoh. Bila dah dewasa beliaulah yg menjadi rebutan....hahaha….

Pagi2 pegi sekolah naik motor, ayah pasti singgah kedai Ah-Tiam untuk membeli barang dapur. Namun begitu sampai sekarang lagi ayah tak berani beli ayam kat kedai tu, “aiyaaa Samat, itu ayam gua sudah potong maaaa” seru Ah-Tiam. “Memang la Ah-Tiam, itu ayam lu sudah potong tapi lu punya burung belum lagi maaaa”…balas ayahku beserta gelak kecik kedua mereka…harmoni kan?

Sampai di skola, aku mesti port kat belakang. Mase tu meja susun dalam grouping. Satu group ada 6 meja. Aku duk kat tengah2, sebelah gadis manis mase tu (Rabiah dan Azliana). Ade jugak aku main2 mate dengan si Rabiah ni…sekarang beliau dah nak masuk anak 2…hehehe…syabas Bik. Depan aku seorang gadis kecil molek berketurunan India bernama Shanti. Beliau bukan G.Shanti bekas pelari Malaysia tu k. Selalu juga aku mengunyah papdom kepunyaannya. Kata satu Malaysia…:)

Kalo balik dari skola mesti kena layan air oren dalam botol di kedai Ah Peng. Mmg best beb. Siap ble request nak 20sen ke, 30 sen ke…ikut kemampuan la…heheheh…namun begitu, aku pernah berlaku kejam dan semangat satu Malaysiaku musnah. Aku dikejar oleh anjing jiran…aku pecut….jantung berdetap laju….siot punya anjing…..setibanya di rumah, segara aku menhidupkan enjin motor, memecut laju dan inilah masa untuk membalas dendam….habis injured anjing tu aku lanyak guna motor..kaki senget sebelah…hehe…kesiankan?

Papepun, peace one Malaysia…no war…..

Comments

Che Hassan said…
gua syak masa lu curi oren cina tu mesti x satu malaysia lagi kan
M.a.A.s said…
adam hassan : hahah...mase tu dah lupa dah satu mesia...satu tekak dan perut je ingat...:)
kay karim said…
peace....

p/s: tau ke tema hari kemerdekaan thn nih???
M.a.A.s said…
kay karim : alamak...tak tau la plak....satu malaysia ke?...
kay karim said…
rakyat diutamakan, pencapaian didahulukan...
M.a.A.s said…
kay karim : oooooo...baru tau ni...
paiseh said…
1bumi laa wei..
ada brani??
Dato' Shah said…
Betullah tu. Sebenarnya dulu lagi 1Malaysia dari sekarang. Sekarang ni, nak pergi kedai, kedai makan, shopping complex ke,nak mintak bantuan pak guard ke, susah. Cakap bahasa Melayu, tak paham. Cakap English, berabuk. Tapi berabuk tak paham lah.

Popular posts from this blog

KALAU LAMBAT DATANG OFIS....

Apekehal lambat.....

Suka-Suka Tangkap Gambar Produk