Posts

KEMBALI BERMOTOSIKAL

Setelah kehilangan kancil kesayangan, gua kembali bermotosikal ke tempat kerja. Banyak juga kelebihannya bermotosikal ni ye... Antara yang gua sempat kaji adalah: 1) Tidak perlu gusar tentang kesesakkan lalulintas. Menjimatkan masa di jalan raya. 2) Tidak perlu membayar tol. Al-maklumlah, kotaraya KL ni mmg dipenuhi dengan lebuhraya canggih yang lebar namun tetap sesak. Kalau berkereta akan guna lebuhraya NPE & SMART utk ke ofis. Kira-kiranya macam ni {(RM1.60+RM1.60+RM2.00) x 2 (pergi balik)}x 20hari = RM208.00. Wow!!!Jimat.... 3) Kadar penggunaan petrol yang agak minima berbanding kereta. Isi RM5.00 boleh guna dalam 3 hari. Seminggu RM10.00. Maka sebulan dalam RM40.00. Wow!!!gua mampu menjimatkan RM260.00 sebelum. 4) Kadar maintanance yang juga murah. RM100.00 dah boleh kasik servis power tip top... 5) Road tax RM4.00 (kalau buat di POS Malaysia la).... Pun begitu, sepanjang pengalaman gua bermotosikal satu masa dulu banyak juga kekurangannya. Antaranya ialah: 1) Pera...

RESEPSI ADINDA TERCINTA...24 JUNE 2012

Image
Ahad yang lalu bersamaan 24 June 2012, telah berlangsung majlis perkahwinan satu-satunya adindaku yang tercinta, Siti Nuraya dan pilihan hatinya, Sahidon. Sempat juga gua tembak satu dua gambar. Majlis diadakan berkonsepkan gotong royong kampung...Seronok tapi sedikit penat... Tahniah buat adinda tercinta...moga bahagia, murah rezeki dan panjang umur...moga kekal hingga ke akhir hayat...aminnnnnnnn

SATU PAGI DI PAGI JUMAAT....

Satu pagi di pagi jumaat... Cuacanya tenang...cuma jerebu melanda... Gua kelihatan segak dari jauh... Melangkah macho menuju ke parking kereta... Setibanya di parkir...gua mengeluarkan remote kereta... Gua menantikan bunyi yang biasa... Cit..cit..cit..cit... Mula bermain di minda... Pun begitu...ia tetap tidak muncul tiba... Gua mula gelabah... Rosakkah remote ini??? Gua semakin hampir ke tempat parkir... Ehhhhh!!!! mana???...mana??mana??? Dipendekkan cerita... Kereta gua telah dicuri jumaat lepas.... Syukur Alhamdulillah.... Moga yang mencuri sihat hendaknya....

KESEORANGAN DI OPIS - Part 2

Kali ini gua lebih gagah... Pengalaman disapa makcik jajan telah mengajar gua.... Wuduk time maghrib masih sah...ke gua dah terkentut...entah.... Bacaaan doa, ayat kursi, dan tiga qul...Ok!! Done.... Tiba-tiba... Gua terfikir.... Apa ke"loser" gua masih di opis..... Dah2...balik2...walaupun bukan malam jumaat...gua harus pulang segera... Arghhhhh....gua bawak baki ke hadapan (balance b/f) malam jumaat ke malam ini...

KESEORANGAN DI OPIS....

Satu hari gua diopis...jam menunjukkan 10 malam... Gua mula seram...pandang kiri pandang kanan, semua orang sudah pulang... Sedang gua asyik menekan papan kekunci... Tiba-tiba... Krekkkk...krekkkk...kruissss...kruissssss....kreeeekkkkkkk Gua runsing...hati mula gundah gulana.... Tiba-tiba gua disapa.. "Kau tak balik lagi ke arif?"...... Cehhhhh!!!!....makcik ni buat saspen gua je... Kalau ye pun nak stock up jualan jajan jgn la bagi gua seram sejuk... Untuk pengetahuan, makcik yang sapa aku tu ada buat part time jualan makanan ringan di opis...selalunya malam2 dia akan stock up jajan untuk jualan esok hari...saspen... Cis...cis...cis...sambil gua mengunyah 2 paket kacang goreng yang baru dibeli dari makcik jajan.......

CINTA SI BONGKOK....

Dari jauh kelihatan kelibat beliau. Berjalan terhincut-hincut dan sangat perlahan. Kaki yang lemah itu diseret sedaya mungkin. Tongkat yang dulu kukuh kini lapuk dimamah usia. Pun begitu, beliau tidak pernah meminta-minta. Apatah lagi untuk mengemis. Si bongkok tetap dengan pendiriannya. Hidup harus diteruskan, padanya dia bukannya si malang yang kehilangan segalanya. Hidup ini pun hanya sementara. Segalanya milik DIA yang MAHA ESA. Itulah cinta si bongkok. Dia tahu semua ini milik DIA.Tidak perlu itu dan ini. Tidak perlu kereta terkini, berkuasa kuda mahupun ekzos besi. Bongkok tahu.....apa yang dia perlu hanyalah serangkap doa. Menadah tangan, meratap, merayu, merintih dan memohon semahu-mahunya. Lalu terhasillah cinta yang sempurna dan kekal abadi. Cinta yang tidak berlandaskan kemewahan, kecantikkan, mahupun darjat dan nama. Apatah lagi kita yang sempurna. Yang kononnya tiada cacat tiada cela. Luaran sahaja nampak sempurna, tapi dalamannya????? Adakah kita sekuat si...

GUA DISANDWICH.....

Semalam... Jam 8.10 pagi... Keadaan jalan sesak...bergerak pun ala kura2... Sedang gua mendengar gelak ala2 jahanam si Johan di Johara Pagi Era... Gua dikejutkan...bedebammmmmmmmm!!!!..... Apasal kereta gua meloncat ke depan...dan kenapa pula kereta gua seolah2 di hentak dari belakang... Gua keluar....Subhanallah....MasyaAllah...Astaghfirullahhh... Gua disandwich...dilanggar belakang dan melanggar kehadapan... Gara2 seorang driver yang menggunakan alasan silau dek kerana matahari pagi yg indah... Semua  sekali...gua kira...ada 4 kereta semuanya... Pun begitu.... Gua wajib bersyukur... Kerana tiada apa2 kecederaan berlaku...mahupun kemalangan jiwa... Alhamdulillah... Sesungguhnya Engkau Yang Maha Besar..