TUAH vs. JEBAT
Tuah kelihatan gelisah. Apa sahaja yang beliau lakukan semua serba tidak mengena. Tuah bersama-sama Lekiu dan Lekir berada di tahap getir. Lawan mereka bukan calang-calang. Semangat kental Jebat dan Kasturi memang amat digeruni, ditambah pula dengan kecerdikkan Tok Guru mereka sendiri Sang Adiwira. Tuah harus lebih kedepan, tendangan dan libasannya harus lebih pantas. Manakan tidak, setiap tendangan beliau pasti ada sahaja jawapan dan balasan dari Si Jebat. Tuah mati akal, buntu seketika. "Apa harus aku lakukan?" getus hati kecil Tuah. Dulu, Jebat bukanlah tandingan Tuah. Hasil usaha dan komitmen yang tinggi kini Jebat dapat menyaingi kehebatan Tuah. Pertarungan semakin sengit. Mentari yang tadi panas terik mula melabuhkan tirai. Mendung senja kini tiba, namun pertarungan harus diselesaikan. Kedengaran dari jauh jeritan mereka berenam. Jebat tersenyum lebar, beliau baru sahaja menangkis dan menepis serangan bertalu-talu dari Tuah. Puas hati mungkin. "Cis Jebat!!! ini ti