MAIN PERANG-PERANG
Zaman dulu-dulu... Kalau teringin nak main perang-perang, persiapan haruslah mantap. Senapang rekaan kayu wajib ada. Bom tangan yang diperbuat dari tanah liat harus disiapkan. Periuk-periuk buruk yang tidak diguna lagi mungkin akan di"spray" dengan pelbagai warna. Untuk pengetahuan, periuk-periuk akan menjadi topi keselamatan tahap gred A. Itu persiapan biasa-biasa. Untuk geng-geng panglima macam gua, persiapan fizikal harus rapi. Berjogging keliling kampung, tekan tubi tanpa henti, dan juga sit-up harus diamalkan. Sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum peperangan. Geng-geng panglima ini, kalau dah kena tembak pun masih tidak mengaku mati dan terus berjuang. Zaman sekarang....nak main perang2.??? Beli CD/DVD, letak dalam alat permainan video, samaada PS3, PS2, Nintendo Wii, Xbox 360, dan macam-macam lagi. Kemudian tekan butang power, pegang alat kawalan, kuatkan speaker...nah!!! peranglah kau sampai maghrib.... Gila tak thrilllllll.... Patutlah budak2 sekarang banyak yang obesit...