Posts

Showing posts from January, 2012

MASTERCHEF EDISI 1994 - ep1

Suasana hari itu amat membosankan...segalanya serba tidak kena...hujung minggu selaku murid darjah 4 seharusnya ceria dan mencabar...sekurang2nya aktiviti seperti 4wd, go-kart, panjat gunung everest, merentasi selat inggeris dan mencuri ayam tok ketua perlu dijanakan...pun begitu fikiranku buntu lantas tercangap di depan televisyen tanpa haluan.. Sedang mata mula kuyu...badan mula lesu...otakku ligat berfikir...asalnya nasi dari beras...ditambah air...dipanaskan..lalu kembanglah beras menjadi nasi....arghhhh...badanku mengigil..seolah meminta teori itu segara dicuba.. Tiba2 badanku ringan tidak semena...meloncat tinggi bukan kepalang...bingkas bangun dari kemalasan....hampir sahaja kepalaku terkena kipas...bayangkan tingginya loncatan...zaki sadri kalau terlihat, menelan air liur tanda kagum.... Berlarilah aku kedapur....dimana letaknya beras?...mata meliar mencari arah...namun belum kutemui... BERSAMBUNG Published with Blogger-droid v2.0

After SPM 1999

After SPM 1999... Macam2 gua buat selepas sahaja abis SPM... Memula gua mencuba kerja sebagai operator pengeluaran di salah sebuah kilang....kilang tersebut merupakan vendor kepada jenama elektrik AIWA...zaman ni walkman tgh naik..dan jenama AIWA boleh dikira up la gak...tp masih kalah kepada gergasi barang elektrik iaitu SONY... Kerjaya gua di AIWA tak bertahan lama....gua ada masalah dengan peraturan kilang yg membenarkan pekerja lelaki bersolat jumaat ikut shift...maksudnya kalau minggu ni dpt solat...minggu depan bagi chance kat org lain...begitulah seterusnya....oleh kerana itu gua mengambil keputusan meninggalkan kilang walaupun akak2 dan awek2 kilang mogok lapar mengetahui keputusan gua... Seterusnya...gua mencuba nasib sebagai tukang masak di restoran fastfood (marrybrown)...pesaing kuat jenama2 terkenal seperti KFC...mcdonalds...dan juga chicken delight...zaman2 ni scene mamak belum begitu menumbuh bgai cendawan... Kerja gua di situ lebih kepada tukang masak...masaka