CINTA SI BONGKOK....

Dari jauh kelihatan kelibat beliau. Berjalan terhincut-hincut dan sangat perlahan. Kaki yang lemah itu diseret sedaya mungkin. Tongkat yang dulu kukuh kini lapuk dimamah usia.

Pun begitu, beliau tidak pernah meminta-minta. Apatah lagi untuk mengemis. Si bongkok tetap dengan pendiriannya. Hidup harus diteruskan, padanya dia bukannya si malang yang kehilangan segalanya. Hidup ini pun hanya sementara. Segalanya milik DIA yang MAHA ESA.

Itulah cinta si bongkok. Dia tahu semua ini milik DIA.Tidak perlu itu dan ini. Tidak perlu kereta terkini, berkuasa kuda mahupun ekzos besi. Bongkok tahu.....apa yang dia perlu hanyalah serangkap doa. Menadah tangan, meratap, merayu, merintih dan memohon semahu-mahunya. Lalu terhasillah cinta yang sempurna dan kekal abadi. Cinta yang tidak berlandaskan kemewahan, kecantikkan, mahupun darjat dan nama.

Apatah lagi kita yang sempurna. Yang kononnya tiada cacat tiada cela. Luaran sahaja nampak sempurna, tapi dalamannya????? Adakah kita sekuat si Bongkok....

Comments

Popular posts from this blog

Mimpi yg bukan2....

Kenangan Aspura 95-97 - Cara2 menjaga harta benda

JEMPUTAN KE WALIMATUL URUS...