Posts

Showing posts from December, 2009

Apekehal lambat.....

Asik2 lambat.... Nak pegi opis malam tu...perghhh...berbulu...kete beratur macam kanak2 tadika nak masuk kelas.....kalaulah kete bole tegak berdiri nescaya lagu negaraku pasti semarak dikumandangkan.... Sampai opis nak carik parking....scene dalam pukul 7 petang...tgh maghrib....punyalah penuh kelibat manusia dari segenap penjuru daerah dan lapisan masyarakat....semuanya berpusu2 merebut peluang membeli belah...window soping....tgk2 awek...dan macam2 lagi..maklumlah..jualan murah-murahan...abis abisan...sempena pelbagai peristiwa antaranya cuti skola..... Gua dapat parking...segara lalu dicelah2 masyarakat madani yg sangat majmuk itu....gua selit sekali...lepas....gua selit dua kali...lepas lagi...kali ni gua selit plak celah2 pintu dengan kelajuan petir guruh menggegar gempita...alamak...sangkut la plak...maklumlah gua kan sekarang dan berumahtangga...makanya agak kurang gemar mengunyah salad di kala hidangan malam..... Dari jauh gua dapat perhatikan susuk2 tubuh segenap manusia terki

Penantian emas bolasepak semakin hampir.....

Seketika gua melepak di depan TV sambil melayan cerita2 berunsur ganas dan thrill, gua teringat juga untuk menambah ilmu didada dengan informasi berguna...lalu gua tekan punat butang kawalan astro kekadaran 501....itupun setelah beberapa kali gua asik salah menekan akibat jiwa kusut kerana Mrs Darling pergi berkursus di Trolak Perak... Gua tekan info....sesuatu yg gua nantikan hampir tiba....siaran Sukan Awani....terus gua gementar dan minda gua gusar memikirkan sesuatu yg amat dahsyat.....ini soal hidup dan mati...soal maruah....baru sahaja integriti gua tercalar minggu lepas dek kerana jaringan agbonlahor di Old Trafford....banyak juga panggilan berunsur hasad dan dengki yg dapat gua tepis......tapi malam ini berbeza....gua memikirkan nasib pasukan bolasepak Malaysia...tanahair tercinta gua..... Sudah menjadi satu trend pembacaan berita sukan....aksi2 pasukan kebangsaan dalam mana2 kejohanan pasti disiarkan dahulu...dan malam ini pastinya berbeza...aksi pasukan bolasepak diperkatakan

A reminder to myself......

Image
Bangun pagi…. Sibuk terlambat pergi kerja….lupa subuh…kalo lambat nanti trafik berselirat Arghhh….petang2 sahaja aku qadakkan… :::::::: Jejak sahaja kaki di ofis…aku segera…tanpa perlu menunda2…. Mengerah tenaga dan fikiran…memikirkan masa depan anak isteri… Ingin membela nasib orang tua…..zuhur menjelma…. Alamak….ada meeting urgent…tunggu la… :::::::: Jam berdetik tanpa ragu….tidak langsung memperlahankan detikannya… Ahhh sudah….ini perkara penting…jika tidak siap mahu aku dibaham… Dimaki hamun….dicaci…dipotong gaji…majikan bukannya peduli… Hari sudah semakin senja……Asar????…kejap lagi la…. :::::::: Senja makin melabuhkan diri…..kawan ajak minum… Emmm…pekena teh tarik memang best…. Lepak…borak….hembusan asap….rilek…tenang seketika… Sedar2 hari dah gelap….maghrib??...tak sempat la pula :::::::: Cahaya neon mula menyinari kegelapan malam… Aku lesu…aku longlai…dengan tak berdaya ku buka pintu rumah…. Anak & isteri sudah berkira2 untuk melelapkan diri…. Aku apa lagi…lepas bersihkan di

Azrie Prosper sudah.....Paiseh dekonstruksi bile lagi

Image
Pada hujung minggu yang lalu, dengan hanya 2 kali lafazs (lihat perkataan "lafaz" yang ditambah s menjadi plural) Azrie Prosper telah selamat diijabkabulkan dengan pasangan sehati yg tak seberapa nak berdansa dalam keadaan tenang dan damai.... Dalam keadaan yg serba meriah, dapat juga ambo bersama Mrs. Darling menjejakkan kaki ke bumi beriman lagi soleh - Terengganu.....Perjalanan yg memakan mase hampir 6 jam diselang seli dengan rintikkan hujan sepanjang jalan memang menduga iman dan kesabaran ambo yg soleh dan berseri ini....Namun itu semua tak menghalang hasrat ambo yg murni terutama bila terkenangkan nasi ala2 dagang made in Ganu....mmg lazat.... Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar, dan ambo dapat melihat keserian wajah kedua2 mempelai yg sentiasa senyum dan ceria....Geng2 yang pernah sevilla dulu juga ada antaranya Paiseh (pengapit otai), Cess Hair Stylist, Cupin, Mijie Bank Awam, Che Asan Hensem dan keluarga, dan tidak lupa kameraman Fendi. Kami sentiasa mendoakan a

EN. PROSPER - selamat melangkah ke alam baru

Image
Ketika cahaya malam mula suram....bulan kian pudar....maka muncullah seorang khalifah di muka bumi ini yg dikenali sebagai En. Prosper....tanpa rasa ragu2, beliau telah menguatkan azam..menekadkan semangat untuk menjadi insan terpilih........ * illustrasi menunjukkan bahawa En. Prosper boleh menjadi seorang abah yg prihatin dan pendidik yg sejati....sekadar hiasan semata2..... Untuk bakal isteri En. Prosper...ketahuilah bahawa sesungguhnya beliau merupakan seorang yg bertakwa dan beriman....motto "fastakim kama umirta" sentiasa menjadi pegangannya sehingga kini.... "biah solehah" dan "ghaddul basar" akan sentiasa dipraktikkan biarpun bara api dipegang menjadi abu (jgn jadi pak abu sampai pat kali dah la!!...hehehe...) Beliau juga merupakan insan yg sangat berhati mulia hatta membunuh nyamuk pun tidak kesampaian....tikus2 yg lalu lalang dibiarkan bermain sesuka hati....hingga kadang2 beliau sanggup mengorder mcD untuk dikongsi bersama dengan sang kecil