MENJELANG GST
Topik yang sedang hangat diperbualkan...
Baik di warong kopi...
Baik ketika beratur di gerai pisang cheese bercoklat..
Baik ketika main candy crush dalam toilet (dengar suara berborak di area hand wash)
Dan dimana sahaja...ianya seperti topik wajib dan siapa tak sebut perkataan "GST" mereka diibaratkan pengguna blackberi di zaman kecanggihan Iphone 6...
Pendapat gua?
Gua cuma rasa kenaikan pendapatan gua tak selaras @ sepadan dengan charge GST iaitu 6%..
Pun begitu gua masih syukur yg gua masih ada pekerjaan...
Hakikatnya...jgn hanya pandang baju sendiri sahaja...
Sekali sekala kena juga jeling2 baju mereka2 yg berumahkan kolong, beratapkan langit, bertilamkan suratkhabar, berselimutkan udara dingin malam...perghhhh...pedihhhhh...
Jika benar GST mampu membela mereka2 ini..maka teruskanlah...
Tapi jika ianya menjadikan mereka2 ini lebih diheret kemudaratan dan kepayahan..rakyat marhaen pula dikatakan berhutang keliling pinggang...maka...pada pendapat gua..adalah satu kewajaran untuk dilihat semula perlaksaannya...
Apapun...kita sama2 membantu agar negara ini lebih selesa,...aman..tenang...nyaman...hijau...dan yang paling penting memberikan kebahagiaan kepada semua orang...
Comments