BERSEDERHANA.....

Islam agama yang sangat memahami jiwa, fizikal, dan rohani manusia.
Oleh kerana itu...kita dianjurkan bersederhana dalam setiap sudut kehidupan kita. Makan, tidur, pakaian, dan lain-lain lagi hendaklah bersederhana.

Dalam bahasa Pengajian Islam....Bersederhana = Wasatiah

Tapi gua langsung tak boleh terima kalau orang yang tak puasa kantoi ngan gua tapi masih menggunakan bersederhana sebagai alasan. Kisah ini berlaku ketika gua masih di universiti. Ikutilah perbualan ini:

Gua (berkopiah putih): "woi Aaron (bukan nama sebenar), ko tak puasa ekk...ni ada plastik2 mekdi ni?"

Aaron : "ala...aku lapar la...lupa sahur tadi...lagipun aku bersederhana je"...

Gua (masih berkopiah): "Celah mana sederhana kau tu?"

Aaron: "tu hah....mekdi tu...aku order saiz sederhana je"...sambil muka bangga konon lawak tahap pecah perut...

Gua (kopiah ditanggalkan): "cissssss!!!amik kau"...penerajang jurus BigMac singgah ke muka beliau...bab penerajang punya cerita ni, gua pula yg tak bersederhana...hahaha

Kesimpulannya: Bersederhana bukan bermaksud harus berkira dengan amalan kita. Bersederhana lebih kepada cara hidup kita.....

Comments

Dr Singa said…
kellasss sungguh nama diaa..
M.a.A.s said…
doc: hehehe...kelas kan...masa tu aaron sebenar belum lagi diombak rindukan...hihihih

Popular posts from this blog

Mimpi yg bukan2....

Kenangan Aspura 95-97 - Cara2 menjaga harta benda

JEMPUTAN KE WALIMATUL URUS...