PERSEPSI

Bulan2 puasa ini..gua nak cerita pasal persepsi...ntah kenapa tiba2 plak gua teringat kat PEPSI...terbayang pula ketulan air batu serta lelehan kondensasi...perghhhhh....

Berbalik semula. Persepsi? Apa itu persepsi?....

Disebabkan gua terlalu malas untuk membakar kalori bangun dan berjalan mengambil kamus jauhnya lebih kurang 2 meter dari tempat gua duduk...maka gua cuba mendefinasikan maksud persepsi secara mudah...pada gua:

persepsi = pandangan umum/masyarakat/seseorang terhadap sesuatu perkara.

Amacam? kagum tak dengan definasi gua. Hampir tepat dengan definasi Kamus DBP barangkali.

Sebenarnya, gua cuma nak kabo kat lu orang, yang hidup kita ini dipenuhi dengan persepsi dan pandangan2 yang tidak tepat. Benarlah....don't judge a book by it cover...tapi itulah perkara pertama yang kita lakukan....

Contoh (gua suka ambil contoh kehidupan gua sendiri):

a) Wanita yang cantik haruslah putih bak salju, berbibir merah, berperwatakan menarik dan sertakan 3 keping gambar berukuran 4R (ehhh...ni iklan odition mentor). Antara wanita2 yang dianggap cantik di mata umum adalah seperti Rozita Che Wan, Nora Danish, Neelofa, dan Angelina Jolie. Tapi pernahkah kita terfikir yang wanita di Africa yang berleher panjang dianggap sangat cantik? Alaaahhh...yang pakai gelang kat leher dan serupa zirafah tu....dan tahukah kita bahawa di China satu masa dahulu menganggap gadis yang berkaki saiz kecil adalah cantik? Seksa tapi nak dikatakan cantik punya pasal...itu semua berbalik kepada PERSEPSI

b) Lelaki macho haruslah berkepak, berbaisep ketul2, bersix spek, berambut ketak, memakai minyak rambut Brylcream dan berseluar yankee...itulah persepsi masyarakat. Contoh lelaki macho pada persepsi umum adalah seperti Aaron Aziz, Remy Ishak, Brad Pitt, dan gua sendiri. Pun begitu, bini2 Salleh Yaacob sentiasa menganggap beliau sangat macho, dan ini adalah persepsi bini2 beliau. Dan inilah PERSEPSI.

c) Contoh terakhir mengenai persepsi ni mmg gua selalu terkena. Terutama di bulan ramadhan. Ketika berjalan2 sambil berzikir kebesaran nama Illahi di bazar ramadhan, pelbagai juadah dijual nampak melazatkan. Pun begitu, ketika terpandang satu gerai....mak aihhhh!!! panjangnya beratur!! apa!!! murtabak power!!!...wow!!! confirm lazat!!!....itulah persepsi gua. Terus saja gua beratur...Beratur sahaja sudah menghabiskan 30 minit masa gua...pun begitu..gua harus sabar dan kini murtabak idaman telah gua miliki...Usai pulang kerumah...gua membuka bungkusan murtabak...baunya...yeahhhhh!!!....
Allahuakbar Allahuakbar!!...Azan Maghrib berkumandang...seraya gua capai murtabak dan telan dengan penuh nikmat...keputusannya???...gua dah mula rasa tak berbaloi habiskan 30 minit beratur tadi....

Itulah PERSEPSI pada definasi gua. Tak semestinya yang kita rasa best itu...sebenarnya adalah best utk kita...dan apa yang kita rasa tak best utk kita...adalah tak best utk kita....amacam? Ada paham?

Comments

tasekM said…
aku pulak baca persepsi tu as resepi.

masalah apakah..?



.
M.a.A.s said…
kak Tasek: masalah yang selalu timbul bila waktu berbuka tinggal lagi 3 jam...:)
Dr Singa said…
er...

aku terbaca pepsi..
M.a.A.s said…
doc: hiihihih...biasa la tu..bulan2 puasa ni...
Shue said…
Ouch..persepsi..pepsi..sexy.eh?
Iftar sesama jom? itu pun kalau masih sudi join & jejak kaki ke SA nih..
K'owNeysa said…
part beratur panjang then sebenarnya makanan tu tkda la sedap mana tu aku setuju..tp kat kl ni semua benda ramai peminat..padahal balik kampung aku lg sedap..
M.a.A.s said…
Kak Chah: jom...mestilah sudi...kalau orang belanje..ehehehe
M.a.A.s said…
K'owNeysa: yesss...anda sgt betul..kat kampung rilek2 je..tapi sehingga menjilat jari

Popular posts from this blog

Mimpi yg bukan2....

Kenangan Aspura 95-97 - Cara2 menjaga harta benda

JEMPUTAN KE WALIMATUL URUS...