Bersukan selepas raya
Semalam satu event sukan telah dilaksanakan oleh pihak Villa Wangsa Melawati (VWM) semperna cuti satu malaysia hari ini.
Gua juga tidak ketinggalan menyertai acara berbadminton ini. Kerana perasaan gua yang perasan fit dan sentiasa pantas gua yakin tiada musuh yang mampu menghalang kehebatan gua.
Tapi gua silap. Akibatnya:
1) Rasa penat yang amat hingga kepala berputar-putar seperti mahu gelap
2) Otot-otot perut seakan bergetar-getar. Six spek gua kini menjadi five pek sahaja.
3) Kehausan yang amat. Mungkin kerana sepanjang raya gua jarang minum air masak/suam. Ini semua salah tuan rumah yang hanya tahu menghidangkan sirap serta air manis-manis. Cuba-cuba la letak satu botol spritzer ke selepas ini. Mungkin membantu gua untuk hidup lebih sihat.
4) Lemak-lemak tepu kelihatan mengendur. Satu petanda baik.
Seperti biasa, walaupun bersukan selepas raya adalah satu perkara yang sukar, gua tetap mampu memecahkan rekod smash terpantas bagi daerah Gombak. Sekian dimaklumkan.
Comments