Junjungan Mulia Kekasih Allah....
Untuk sahabat2 sekalian...di ucapkan SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL (12 RabiulAwal 1431H bersamaan 26 February 2010). Semoga kita sentiasa mengingati, mengikuti dan menyambung perjuangan dan dakwah yg dianjurkan oleh junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w.
Sedikit info pasal junjungan mulia:
1. Nama: Muhammad bin 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim
2· Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagaitahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka'abah)
3· Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
4· Nama bapa: 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim
5· Nama ibu: Aminah binti Wahab bin 'Abdul Manaf
6· Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
7· Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
8· Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa'diah (lebih dikenali Halimah As-Sa'diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)
Sabda Rasulullah SAW:"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintaiaku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas)
Untuk renungun diri sendiri....:)
Comments