TEORI 3 PERKARA...

  • Lu orang pernah dengar tak tentang teori 3 perkara ni....gua rasa ramai yang dah tahu....tapi dek kerana perkara ni sering bermain diminda...gua terpaksa juga menggerakkan jari jemari yg lemah gemalai keatas papan kekunci magis ini.....
  • Ada 3 perkara yang sangat dikehendaki oleh manusia disaat kehidupan yg penuh fatamorgana di dunia....3 perkara tersebut adalah TENAGA, MASA dan HARTA....
  • TENAGA jika diimbas secara rawak dari kamus dewan bahasa yg dibeli secara paksa semasa tingkatan menengah rendah mungkin bermaksud keupayaan dan kekuatan sesuatu jisim atau objek untuk menjana @ mengerakkan sesuatu....bila gua imbas saat kegemilangan zaman persekolahan gua terrefresh yg tenaga boleh datang dalam pelbagai bentuk dan rupa...antaranya TENAGA kinetik, TENAGA elektrik, TENAGA nasional berhad dan bermacam² lagi.....
  • MASA pula merujuk kepada perubahan dan pergerakkan dalam sesuatu ruang (quantam space)..ntah ape menda quantam space ni gua pun tak tau...yg pasti gua masukkannya hanya sekadar hiasan semata2...betapa kritikal dan pentingnya MASA ini untuk kehidupan manusia hingga dipaterikan dalam al-Quran (rujuk surah Al-Asr)...sesungguhnya keunikkan masa ini adalah ianya tidak boleh diterbalikkan @ dikembalikan....pastinya MASA yg berlalu tak akan berulang kembali....
  • Akhir sekali adalah HARTA. HARTA adalah sesuatu yg mempunyai nilai @ value @ asset yang berharga....HARTA boleh dibahagikan kepada HARTA SEMASA dan HARTA JANGKA PANJANG....mengikut kitab FRS (Financial Reporting Standars) harta boleh didefinasikan sebagai "Probable future economic benefits resulting from past transactions".
  • Sesungguhnya dalam kehidupan kita sebagai insan yg kerdil dan lemah ini, kita sangat terbatas untuk memiliki ketiga² perkara tersebut dalam satu masa yg serentak.....sebagai contoh:
  1. masa kecil hingga zaman universiti - ketika ini gua mempunyai MASA dan TENAGA untuk melakukan sesuatu perkara....gua boleh main bola sesuka hati, lepak maple sampai 2-3 pg, boleh menumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajaran (statement ni gua buat hiasan juga). Tapi yg pastinya ketika zaman ni gua takde HARTA...makan pun duit mak & ayah yg bagi...
  2. zaman bekerjaya @ pekerjaan - boleh dikatakan ketika zaman pekerjaan gua dah bole la generate sedikit income (apa ko ingat semua kerja senang kaa...kadang² sesak daaaa!! - buat intonasi ala s.samsudin dalam cite Ali Baba Bujang Lapuk ketika kantoi pegi pajak gadai)...bole la nak stat kumpul HARTA....beli itu beli ini....TENAGA pun masih kuat...takat lepak pejabat sampai pagi takde problem...main badminton pun masih mampu buat jumping smash sampai keluar api.....tapi tula..MASA untuk diri, keluarga dan kawan² makin berkurangan...hishhhhhhh
  3. bile dah tua @ pencen - ketika ini sapa tau apa yg akan berlakukan..kan...kan...time2 begini mungkin ada rakan² gua yg bergelar Dato' @ Datuk @ Atuk....mase² begini maybe HARTA bukan lagi masalah....MASA bersama keluarga pun mungkin bertambah..almaklumlah dah pencen...time² ni lah baru ingat nak pegi masjid, pegi haji dan berbagai...tapi nak kayuh basikal pun dah tak larat masa ni....dah takde TENAGA...
  • Lu orang agak² hidup korang dalam phase mane?...gua rase hidup gua skarang berada di tahap phase no.2 tu.....macam mane ye nak balance tiga² ni (MASA, HARTA & TENAGA)...lu orang ada idea tak?....
* sesungguhnya sebaik² manusia adalah mereka yg bersederhana dalam urusan dunia....

Comments

Popular posts from this blog

Mimpi yg bukan2....

Kenangan Aspura 95-97 - Cara2 menjaga harta benda

JEMPUTAN KE WALIMATUL URUS...