Posts

Suka-Suka Tangkap Gambar Produk

Image
Ini adalah produk makanan bayi yang bahan asasnya daripada buah-buahan. Berani gua katakan yang ianya sedap dan terasa perisa buah-buahnya. Korang bolehlah melawat IG mereka @ mydoodeen. Untuk ibu2 yang sentiasa sibuk dengan kerjaya...apa salahnya mencuba ye dak. Kalau nak gua tangkap gambar pun ok...roger2 je.

Bersarang

Lama sangat dah bersarang..... Krikkk Krikkk Krikkk

MENJELANG GST

Topik yang sedang hangat diperbualkan... Baik di warong kopi... Baik ketika beratur di gerai pisang cheese bercoklat.. Baik ketika main candy crush dalam toilet (dengar suara berborak di area hand wash) Dan dimana sahaja...ianya seperti topik wajib dan siapa tak sebut perkataan "GST" mereka diibaratkan pengguna blackberi di zaman kecanggihan Iphone 6... Pendapat gua? Gua cuma rasa kenaikan pendapatan gua tak selaras @ sepadan dengan charge GST iaitu 6%.. Pun begitu gua masih syukur yg gua masih ada pekerjaan... Hakikatnya...jgn hanya pandang baju sendiri sahaja... Sekali sekala kena juga jeling2 baju mereka2 yg berumahkan kolong, beratapkan langit, bertilamkan suratkhabar, berselimutkan udara dingin malam...perghhhh...pedihhhhh... Jika benar GST mampu membela mereka2 ini..maka teruskanlah... Tapi jika ianya menjadikan mereka2 ini lebih diheret kemudaratan dan kepayahan..rakyat marhaen pula dikatakan berhutang keliling pinggang...maka...pada pendapa

DUA RIBU LIMA BELAS ke DUA PULUH....DUA..........PULUH...

Jika diamati, kita semakin hampir dengan satu misi yg pernah diletakkan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr M satu masa dulu. Dari sesuatu yang gua rasakan sangat jauh, yang mana ketika itu gua masih anak2 kecil, pada saat gua hanya memikirkan hal2 bersuka ria...bermain bola, melompat lebih tinggi, makan tebu gigit guna gigi, dan macam2 lagi...Kini...apa yang pernah diterapkan di medulla oblongata gua suatu masa dulu, rasanya sudah semakin hampir. Jarak masanya sudah boleh dihitung dengan bilangan jari sebelah tangan sahaja.   Ayuh kita imbas kembali...cabaran2 yg pernah dicatatkan...untuk gua dan untuk kita semua hadapi..dan mari sama2 kita ukur..tahap manakah kita?..jika bukan secara akademik..mungkin telahan kasar juga berguna:   a) Challenge 1: Establishing a united Malaysian nation made up of one Bangsa Malaysia (Malaysian                           Race). b) Challenge 2: Creating a psychologically liberated, secure and developed Malaysian society. c) Challenge 3: F

Kejauhan...

Jarak antara Perlis dengan Johor jika dibandingkan dengan jarak rumah kita dengan masjid, mana lagi jauh? Takut2 jarak masjid yg tak sampai 1km itu lebih jauh jaraknya disebabkan kita hanya mengunjunginya setahun sekali (itu pun kalau tak terlepas sembahyang raya). Pesanan untuk diri sendiri...:(

KITA....

Kita… Selagi perut mewah diisi..terkadang lupa akan mereka yang berlapar dahaga… Kita… Selagi rumah tersergam indah, mahligai indah bak istana…terkadang lupa akan mereka yang beratapkan langit…berlantaikan tanah… Kita… Kononnya bijak, otak geliga, harapan umat…terkadang lupa akan mereka…mereka yang langsung tidak berpeluang..mengenal insan bernama guru..bangunan bernama perpustakaan…atau bunyi loceng tanda tamat pelajaran.…. Kita… Bila berkenduri..mewah makannya..diajak semua sanak saudara…sahabat handai….orang kenamaan…belum dicerita perihal Syawal…semua berlumba menjamu makan….tapi terkadang kita lupa…mereka yang bila dihulurkan sebungkus nasi pun terasa bahagia… Kita… Janganlah mudah lupa…ada diantara kita yang memerlukan…walau hanya sebungkus nasi..dan juga sebungkus sirap…kegembiraan mereka pasti membuatkan kita berlinang air mata…. Kita… Janganlah mudah lupa..kerana aturan Allah tiada batasnya…dia Maha Pengatur…manakan tahu…satu hari kita pula terdampar di

Seni...

Image
Sesiapa yg berminat nak beli hasil karya gua ni boleh la roger... Bidaan dimulakan dgn usd120,000 ye...hahaha... Layan je..sebab gua boring...