Posts

RAMADHAN YANG TIDAK DAPAT DILUPAKAN...

Gua ada cerita... Cerita di bulan Ramadhan yang tak boleh gua lupakan... Kisah ini berlaku kira2 sepuluh tahun lepas... Ketika itu gua tengah sakan bercinta dengan Pn. Diplomatik... Kitorang janji berbuka bersama... Seawal waktu asar gua telah bersiap... Dengan kasut berjenama adidas....gua kelihatan segak... Sebelum menuju ke pondok bas...gua singgah asar berjemaah... Selesai menunaikan solat, gua terus bergegas... Gua kecewa....kasut gua hilang entah kemana... Dalam hati gua berbicara... "inikan bulan puasa...tak baik memaki hamun"... Gua pasrah...lantas pulang ke bilik lalu menyarung kasut lain... Kali ini kasut jenama puma... Banyak jasanya...kerana kasut ini gua guna untuk main hoki... Sampai ke pelusuk Malaysia jasanya... Berjumpa dengan Pn.Diplomatik... Kami pergi berbuka di KLCC... Sesak tidak terkira...hanya mampu menjamah makanan yang ditapau.. Sambil mengadap air pancut.... Selesai makan gua terus menunaikan maghrib... Solat tiga rakaat yang tidak sekhusyuk mana......

KALAU LAMBAT DATANG OFIS....

Kalau lu orang lambat bangun!!! Kemudian terhegeh2 pergi mandi...baju pula belum diseterika...seluar dalam recycle...jambang belum dicukur rapi...bulu hidung masih terkeluar....sudah pasti lu orang akan lambat ke opis....apa alasan yang sesuai??... Antara alasan kukuh yang gua boleh fikirkan adalah: 1) Hidup di KL mmg susah nak bangun...kerna tiada ayam berkokok dikala pagi hari... 2) Kereta rosak @ susah nak start.. 3) Terlupa parking kereta kat mana (untuk mereka yang hidup di apartment yang parkingnya ikut suka hati) 4) Hantar anak pergi klinik.... 5) Polis roadblock jalan...ada bersih... 6) Ada penyakit susah tidur...tapi bila dah tidur ada pula penyakit susah bangun...hahaha 7) Bekalan air terputus...terpaksa cari sungai berhampiran 8) Kunci rumah dibawa orang lain...lupa ada orang kat rumah (kes terkunci la ni)... 9) Kucing beranak 10) Badan tak berapa sihat...mungkin nak demam...(alasan cenggini ada next episodnya...mungkin alasan untuk MC esok hari)...hahaha Gua dapat bagi 10 j...

KENAPA??

Sungguhku tidak memahami.. Kalau benar bagai yang dikata, kenapa harus gentar??? Kalau benar caramu itu, kenapa harus gentar??? Kau telah menjamin, kau yang terbaik....tetapi kenapa harus gentar??? Sudah lama ku melihat, ada sesuatu yang kau cuba sembunyikan.... Ada sesuatu yang tersirat, yang tidak bisa kau zahirkan.... Dulu.... Aku hanya memerhati... Kini, aku sudah mula memahami... Semua yang kau katakan adalah dusta... Dan kerana itulah... Kau harus gentar!!!... Kerana bila kebenaran tersingkap... Semua dusta akan terungkap...... ~sekali sekala gua nak bermadah...bagi lah chance~...heheheheh

LESU....

Skang ni... Gua rasa lesu... Lesu tak tentu pasal... Ntah kenapa ngan gua ni... Denggggg..... Macam mana nak bagi motivasi diri? Lesu lesu lesu....

KEHIDUPAN......

Zaman sekolah... Gua sangat aktif...sehari tanpa sukan ibarat makan nasi tanpa lauk....ramai guru2 mencadangkan gua menjadi artis...mungkin bukan kerana bakat...tetapi paras rupa menjadi ukuran... Zaman Universiti... Gua bukanlah bijak sangat untuk ke manara gading...tapi mungkin kerana gambar berukuran pasport yang gua lekatkan di borang permohonan menyebabkan gua terpilih. Gua tidak mahu menyerkap jarang...inilah realiti kehidupan.... Zaman kerja... Gua sedar...paras rupa bukanlah jaminan untuk segalanya. Gua harus berusaha gigih, berintegriti, berwawasan, mampu melakukan anjakan paradigma, dan sebagainya. Tapi kalau setakat makan free kerana awek belanja....gua tak mampu elakkan... Inilah realiti kehidupan...cerita diatas hanyalah penipuan...tapi bab rupa tu gua ikhlas... .

PATUTKAH???

Aktiviti hujung minggu gua yang lalu sangat bersangkut paut dengan kardiovaskular, adrenalin, stamina dan kegagahan... Petang sabtu gua main bolasepak, ada perlawanan persahabatan di Sekolah Teknik Setapak. Padangnya betul2 berhadapan dengan asrama puteri. Dari jauh sayup2 kedengaran budak2 asrama puteri memanggil gua...."abang Beckham, abang Beckham!!!".. Gua bersahaja. Hari ahad pula gua bangun seawal 6 pagi. Selepas subuh, gua pantas menyarung tracksuit, t-shirt sambil menyandang beg yang berisi dengan kasut jogging, kek coklat buatan Pn.Diplomatik dan kain sarung. Gua terus menuju ke dataran merdeka. Walaupun terlambat gua masih mampu menamatkan larian sejauh 7km. Penat lelah larian gua terhakis jua apabila meneguk air milo dari lori milo yang gua rindui sejak dahulu lagi.... Jam 10 gua bergegas pantas. Selepas berjogging, rakan2 bulu tangkis gua semua menunggu. Penat tak terkata hari itu. Prestasi gua yang selalunya seperti Markis Kido (sila guggle kalau tak tahu), agak ...

KENAPA PERLU BERSENAM!!!

Kenapa perlu bersenam? Nampak macam soalan SPM kertas 2 Bahasa Melayu kan?... Namun, perkara ini jangan dipandang remeh, renyah mahupun enteng. Jika dikenang zaman ketika bersekolah rendah dulu, budak2 yang berkategori obes adalah minoriti, dan isu seperti makcik kantin menjual nasi lemak, nasi goreng, pisang goreng, air sirap mahupun ais kacang langsung tidak dimediakan. Kerana apa?.... Kerana gaya dan style hidup zaman dulu2 adalah sihat, dan elemen2 senaman telah dimasukkan dengan secara tidak langsung dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh: 1) Hujung minggu gua sentiasa dipenuhi dengan aktiviti didepan TV. Tiba-tiba ibu bersuara, "Arif!! tolong mak belikan kacang hijau kat kedai Ah-Tiam, mak nak buat bubur kacang". Gua terus melompat naik basikal dan berkayuh kesana. Nampak tak elemen senaman di situ. Zaman sekarang sah2 naik motor scooter mahupun kereta "pasar". 2) Ketika gua sedang enak tidur dikala tengah hari buta. Tiba-tiba terdengar kucing2 sedang bergad...